Thursday, January 1, 2009

AGen Perubahan - Berubah ke arah kebaikan

'Hijrah Dirai, Masehi Dinanti'
Berubah ke arah kebaikan


Azan dilaung tepat detik 12 malam.

Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.







Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium. Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai, Masehi Dinanti'.

Penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak Imagemasyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan."Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Image Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.

Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyamImagepaikan lagu nasyid, Deklamasi sajak, Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.


sumber: harakhdaily

* Program sebaik & seunik ini wajar dicontohi dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita bagi menghindari dari gejala sosial berleluasa..


No comments: