FENOMENA GERHANA ANNULAR / SEPARA MATAHARI
Teman sangat teruja dengan apa jua fenomena alam yang berkaitan dengan ilmu Falak dan astronomi, dulu masa kecil2 mmg ada cita2 nak jadi ahli falak nie, tapi pendedahan agak kurang, tak tau nak sambung belajo kat mana... huhu...
Semasa di Taayah dulu, bila dengo ada kelab astronomi, teman pon joinle sekali... teman bersama Cikgu Ridzauddin (Penasihat Kelab Astronomi)... Mmg aktif betoi kelab nie, kami pergi mencerap anak bulan ramadhan dan syawal di pantai remis bersama dengan ahli kelab, buat kursus pendek bagaimana nak mengira waktu solat, membaca peta bintang , ,mencerap bulan dan bintang diperkarangan taayah dengan kerjasama jabatan mufti Perak.
Pengalaman yang paling teman tidak dapat lupakan , lawatan 3 hari 2 malam di Balai Cerap AlKhawarizmi di Melaka... Mendengar sendiri pengalaman penceramah yg mencerap sendiri peristiwa gerhana matahari di Turki.. Masyallah , subhanallah ... kami meneroka alam angkasa sehingga 2 tiga pagi di Balai cerap tersebut dengan menggunakan peralatan teleskop teknologi canggih... Kami melihat dengan jelas planet-planet yang terdapat diangkasa raya... Planet Zuhal berserta gelangnya, planet musytari berserta 4 bulan mengelilinginya... subhanallah... Maha suci Allah yang mencipta Segala-galanya...
Hari Isnin lalu, 26 Januari 2009 telah terjadi gerhana matahari. Gerhana matahari adalah kejadian alam di siang hari saat bulan melewati/menutupi matahari. Gerhana matahari kali ini merupakan gerhana matahari annular, yaitu ukuran lingkaran bulan terlihat lebih kecil daripada lingkaran matahari, sehingga puncak gerhana, matahari akan terlihat sebagai cincin.
Gerhana annular terjadi apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari. Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya bayang (umbra dan penumbra) dan menyebabkan kawasan yang terkena bayang ini akan mengalami gerhana. Lihat rajah di bawah.
Rajah : Gerhana Annular terjadi apabila Bulan berada di atara Bumi dan Matahari.
Kawasan laluan yang akan mengalami gerhana annular bermula dari bahagian selatan lautan Atlantik kemudian bergerak ke arah timur menentasi benua Afrika, lautan Hindi, Indonesia dan berakhir di Mindanao, Filipina. Titik gerhana annular maksimum ialah di lautan Hindi pada jam 07:58:39 UT dengan tempoh annular ialah 7 minit 54 saat dan lebar laluan gerhana 280km. Kedudukan altitud Matahari ketika itu 73 darjah dari ufuk laut.
Kawasan yang berada diluar laluan annular ini akan mengalami gerhana separa Matahari.
Laluan gerhana Annular ditunjukkan dengan jalur yang gelap, manakala kawasan yang di luar dari jalur annular akan mengalami gerhana separa. Di Malaysia hanya mengalami gerhana separa Matahari. Sebahagian tempat di Indonesia akan mengalami gerhana Annular.
Laluan gerhana annular ini akan merentasi sebahagian besarnya lautan Hindi dan akan mencecah daratan di selatan Sumatera dan barat Jawa. Di antara bandar yang akan dilalui ialah Kotabumi dan Telukbetung. Di lokasi ini akan mengalami gerhana annular selama 6 minit 18 saat dengan altitud Matahari 25 darjah dari ufuk. Seterusnya gerhana ini akan merentasi bandar Samit dan Samrinda di Kalimantan, di sini fenomena yang menarik dapat dilihat kerana Matahari seperti cincin api yang terang ketika Matahari hampir ghurub di ufuk Barat.
Di Malaysia tidak berpeluang melihat gerhana Annular kali ini, kali terakhir kita dapat menyaksikan gerhana ini berlaku di negara ini ialah pada tahun 1998.Pada 26 Januari 2009 kita di Malaysia hanya berpeluang menyaksikan gerhana separa. Gerhana ini akan bermula selepas jam 4 petang dan berakhir sebelum terbenam Matahari di ufuk Barat.
Di Melaka gerhana Annular ini bermula dengan sentuhan pertama pada jam 4:30 petang. Fasa maksimum berlaku apabila 67% permukaan Matahari dilindungi Bulan pada jam 5:50 ptg. Fasa terakhir pada jam 6:58ptg. Selepas ini Matahari akan kelihatan normal seperti biasa.
Langkah-langkah yang selamat melihat gerhana
AWAS! Jangan melihat terus ke Matahari dengan mata kasar kerana ini akan menyebabkan retina mata rosak kekal serta merta.
Langkah yang selamat untuk melihat gerhana ialah dengan menggunakan penapis suria (solar filter) yang boleh menapis cahaya Matahari dan selamat digunakan.
Cara yang mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah kamera lubang jarum. Kaedah ini mudah dilakukan iaitu dengan menebuk satu lubang kecil dengan jarum pada kadbod dan satu lagi kad dijadikan sebagai skrin. Halakan kadbod yang telah ditebuk lubang kearah Matahari dan pastikan cahaya Matahari melalui lubang tersebut. Seterusnya lihat cahaya yang keluar dari lubang tersebut jatuh di atas skrin kadbod. Kita akan dapat lihat bentuk Matahari yang sedang mengalami gerhana.
Selain itu filem hitam-putih yang telah didedahkan sepenuhnya kepada cahaya juga boleh digunakan. Untuk lebih selamat hendaklah menggunakan dua lapis filem dan lihatlah Matahari dengan pastikan tiada cahaya luar yang lepas masuk kedalam mata. AWAS! Gunakan filem hitam-putih sahaja bukan filem warna.
Menggunakan kaca kimpalan gred 14 atau lebih tinggi juga boleh digunakan.
AWAS! Jangan gunakan sunglasses walaupun hitam kerana ia tidak selamat.
Sumber : Balai Cerap Alkhawarizmi
No comments:
Post a Comment