Saturday, January 10, 2009

BerDoa


Bersama BerDoa



Sejak kebelakangn ini, teman byk menerima berita sahabat2 dan kawan2 sekerja yang dimasukkan ke dalam wad hospital kerana serangan sakit tertentu secara mengejut. Semalam teman ziarah sahabat baik teman mazlea. Bukan beliau yang masuk wad, tapi suaminya dimasukkan di wad ICU kerana disyaki jangkitan kuman di bahagian kepala. Lebihan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi menyebabkan beliau diberi bantuan penafasan sementara dan masih tidak sedarkan diri. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba.

Kepada sesiapa yang mengenali sahabat teman nie.. sekiranya berkelapangan luangkanlah masa untuk ziarah beliau di Hospital Permasisuri Bainun (H0spital Besar Ipoh) di Wad ICU 3B . Allah menguji buat hamba-hambaNya yang beriman. Semoga Lea tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi semangat dan kekuatan buat sahabatku ini. Bersama-sama kita berdoa, membaca yaasin dan membuat solat hajat agar saudara Syaila cepat sembuh.. Amin2...

Apabila berada di hospital melihat pesakit2 yang terlantar dikatil.. hati merasa sayu, insaf buat seketika... Aku bersyukur kerana Allah masih lagi mengurniakan nikmat kesihatan yang baik buat diriku... kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai..
Aku teringat dengan kata-kata hikmah ini..
5 perkara sebelum 5 perkara! Selalu kita lupakan 5 perkara sebelum 5 perkara ini

senang sebelum susah
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
hidup sebelum mati!

Sama2le kita berfikir dan bermuhasabah diri sebelum terlambat ..


No comments: