Dalam seminggu nie teman agak kesibukan dengan kerja-kerja sekolah, tambahan pula kesihatan mak, ayah dan adik yang kurang baik dalam masa yg sama.. Teman mengambil cuti satu hari kerana membawa mak dan ayah ke klinik.. Dr menjangkakan pada awalnye penyakit chikungunya atau denggi kerana demam menggigil, sakit2 sendi, pecah2 mulut. Keesokannya selepas maghrib teman bwk ayah ke hospital, bahagian kecemasan kerana kesihatan masih tidak baik ..... ramainya jururawat pelatih.. ayah kena masuk air dan darah diambil jururawat pelatih.. nampak kekok dan kurang mahir kerana kali pertama cucuk xberjaya mengambil darah, so kena cucuk tempat lain pulak.. Ayah jadi mcm bahan experimen pulak.. tapi itulah kaedah pembelajaran utk menjadi lebih mahir... semasa menunggu di bilik kecemasan .. pesakit yg datang bertali arus tanpa henti, dari kanak2 sehinggalah orang tua dengan pelbagai penyakit.. Ada yg meronta2 meminta pertolongan, ada yg xberhenti2 menyebut nama ALLAH.. teman termenung seketika... andai katalah teman ditempat mereka ... moga ALLAH memberi kekuatan...
Lama x masuk bahagian kecemasan nie, dah banyak perbezaannya, dh renovate baru.. lebih selesa, teratur dan tersusun berbanding dahulu... teringat teman masa menjadi warden kat taayah dulu.. hampir tiap-tiap bulan , kalau dekat nak periksa besar, hampir setiap minggu pegi bahagian kecemasan membawa pelajar yang sakit... kekadang tu sampai 2 tiga pagi menunggunya... emm sume tu menjadi kenangan buat teman... Alhamdulillah ayah dah semakin ok tapi kena pegi ke hospital lagi untuk ambil darah sehingga betul2 sihat..
Seminggu dua nie, teman mmg selalu pegi berulang ke hospital.. teman melawat kawan2, rakan sekerja di sekolah, Allah menguji beliau dengan penyakit kanser leher.. besar juga bengkaknya. Beliau dalam proses kemoterapi.. Moga Allah beri semangat, kekuatan dan kesabaran buat cikgu ...Disekolah ada dibuat solat hajat dan bacaan yassin utk cikgu.. menurut beliau , dari kajian DR, dalam 10 orang yg dijangkiti kanser leher ini, 6 daripadanya adalah kalangan guru-guru sekolah... sebabnya belum dikenalkan pasti lagi mungkin banyak faktornya.. Cabaran untuk guru-guru dalam mendidik anak bangsa ... Moga usaha Ikhlas dari kalian semua, mendapat ganjaran dari ALLAH ...Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...
No comments:
Post a Comment