Virus Chikungunya
Hari nie teman dapat berita, jiran2 rapat sebelah rumah teman nie makcik Jah dan suaminye Pak Dollah, pakcik Aenn telah terkena jangkitan demam chikungunya. Teman dimaklumkan oleh mak teman, ambulan datang ke rumah makcik Jah utk dimasukkan ke dalam wad, tapi malangnye wad dipenuhi dengan pesakit2 chikungunya nie dan makcih Jah dihantar semula pulanng ke rumah setelah diberi rawatan. Petanda penyakit ini dah menjadi wabak dan mula merebak di kawasan kampung teman. Risau juga teman.. dulu pernah le teman masuk wad 2 kali gara2 kena demam denggi. antibody badan pon bukannya kuat sangat.. Moga2 Allah memberi perlindungan buat teman dan keluarga dan jiran tetangga. Insyallah kami merancang nak buat solat hajat dan bacaan yassin , mohon pada IILahi agar dijauhkan dari wabak ini merebak di kg kami, kawasan sekitarnya dan hilang dari bumi Malaysia.. Amin
Sedikit maklumat ttg virus chikungunya
Diagnosis Chikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi. Adakah ia boleh dirawat?Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan .Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.Langkah-langkah pencegahan?
Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.I ni termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya.
GejalaSimptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 39 darjah celsius.Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.
Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.
Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.Jadi, kenapa perlu bimbang?Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.

Jaga persekitaran anda dan berjaga-jaga!
No comments:
Post a Comment