Sunday, January 18, 2009

Komputer Baru



Tip Membeli Komputer







Dua tig
a hari nie ada beberapa orang kawan datang jumpa teman, ada yg talipon, bersms tanyakan tentang komputer meja (desktop) dan komputer riba (laptop). Teman selalu dijadikan pakar rujuk oleh kawan-kawan, guru-guru dan murid-murid apabila mereka berkeinginan untuk membeli komputer, nk format komputer, nk repair komputer.. kekadang tu jadi orang tengah mcm promoter lak untuk uruskan pembelian laptop kekawan nie... Macam juruteknik komputer pon ada... emm kat sek mmg sibuk le.. abis ngajo, kn repair komputer lak... udah nasib badan.... Bukan le pakar sangat pon tapi boleh le bagi sedikit pandangan dan cadangan.. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah RAM (random-access memory), kelajuan dan jenis pemproses (processor), keupayaan grafik (graphic cards), ruang cakera keras (hardisk) dan sebagainya. Sebagai permulaan, lihat beberapa maklumat dan ada sedikit tip yang boleh dikongsi bersama..


1. Tujuan Anda Beli Komputer

Buat keputusan berdasarkan apa yang akan anda buat dengan komputer itu nanti. Sebagai contoh, jika anda merancang menggunakannya untuk kerja2 multimedia seperti mereka grafik, bunyi dan video, anda memerlukan lebih banyak RAM. Jika anda memerlukannya untuk membuat banyak kerja-kerja yang "computational" (contohnya; mencari melalui pangkalan data yang besar, melibatkan pengatucaraan atau menonton video), anda akan memerlukan pemproses yang berkuasa hebat. Spesifikasi bagi komputer & harga berbeza2 mengikut keperluan…kalau anda hendak gunakan utk menaip, melayari internet & perniagaan internet harganya lebih rendah daripada utk multimedia & games


2. Carilah Komputer Yang Sesuai

Tentukan samaada anda memerlukan komputer riba (laptop), yang boleh dibawa ke mana-mana, atau komputer meja(desktop). Pilih spesifikasi komputer mengikut tujuan anda beli komputer. anggarkan konfigurasi utama yang anda perlukan, termasuklah pemproses( (processor AMD atau Intel Celeron atau Intel core2 duo), kelajuan (1.0 GHz atau lebih), jumlah RAM (1GB atau lebih) dan saiz pemacu keras (160GB atau lebih), dan monitor (15" atau 17" - CRT atau LCD) CRT lebih murah berbanding LCD tetapi menggunakan tenaga elektrik yg lebih.Kalau anda hanya untuk menaip jgn beli yang komputer utk multimedia @ games….rugi tau…kerana harga komputer berbeza2 mengikut penggunaan


(1) CRT monitor (2) LCD Monitor (3) RAM



(4 & 5) Processor : Intel dan AMD



3. Tetapkan Peruntukkan Atau Budget


Tetapkan satu budjet atau peruntukkan wang secara kasar yang diperlukan mengikut harga semasa spesifikasi atau sebuah komputer..anda boleh tgk pada iklan2 di surat khabar, majalah, internet tentang harga komputer.

4. Cari Harga Yang Terbaik


Carilah harga yang sesuai dan terpaling rendah, bandingkan semua harga kedai yang ada..tanya setiap kedai..kumpulkan senarai harga…cari harga yang terbaik yang ditawarkan..cari kalau ada promosi kedai buat promosi.…baru le dikatakan sebagai pengguna bijak.. Bertanya sekiranya anda ada sebarang kemusykilan.

5. Beli komputer & Periksa Perkakasan

Setelah dapat harga yang menarik, belilah komputer pilihan anda…tentukan pemacu(drive) tambahan yg diperlukan.. CD-ROM drive, DVD-ROM drive ataupun CD-RW drive, lihat juga tambahan perkakasan lain seperti modem, kad bunyi (sound card), kad video (video card) dan pembesar suara. periksa perkakasan samada perkakasan yang ditawarkan lengkap pada komputer yang anda beli….Ingat kekadang ada juga penjual tipu, tulis kat senarai, RAM 2GB tapi dalam komputer 1GB.

6. Tetapkan perisian (pre-installed) dan jangkamasa jaminan.

Sekurang-kurangnya dapatkan sistem pengoperasian, seperti Windows,- XP atau Vista, program anti-virus, dan program pemprosesan kata (word processing), spreadsheets dan pangkalan data. Pilih jangkamasa jaminan atau khidmat yang diliputi berdasarkan keperluan anda. Pastikan mudah untuk anda datang semula ke kedai (tidak jauh dan kedai tersebut wujud) jika ada sebarang masalah berbangkit. Selalunya kalau pembelian komputer di PC Fair, pengguna tidak tahu dimanakah kedai tersebut jika ada masalah pada komputer.

Sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini teknologi dengan membaca ulasan tentang produk-produk terbaru yang berada di pasaran di dalam majalah-majalah atau melalui internet dan sebaik-baiknya Bawalah kawan yang pakar tentang komputer ketika membeli…

Insya’Allah kalau anda ikut tip nie, anda tidak akan rugi..

1 comment:

cerana said...

salam...panduan yg sangat berguna