Sua RaSa Vs Jom HeBoh



Ruangan pameran Al-Risalah menjadi tumpuan utama kerana disana ada dipamerkan beberapa


Teman begitu teruja melihat sendiri kesan2 tinggalan sejarah tersebut..
Penganjuran Sua Rasa yang buat julung kalinya berada di Ipoh mendapat kerjasama erat kerajaan negeri Perak. Acara ini juga menjadi medan kerajaan negeri memperkenalkan beberapa agenda kerajaan termasuklah pelancongan dan pertanian. Program pagi Nasi Lemak Kopi O digunakan sepenuhnya untuk membantu memperkenalkan dan mempromosikan lagi industri pelancongan di Perak.YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar beserta isteri turut diberi peluang muncul sepenuhnya untuk menerangkan lebih lanjut tentang perancangan kerajaan negeri Perak didalam rancangan Nasi Lemak Kopi O yang dihostkan oleh Aziz Desa.
Pada malam pertamanya, acara bermula dengan solat Maghrib berjemaah serta bacaan Al-Quran oleh juara Akedemi Al-Quran serta persembahan nasyid oleh peserta Akademi Nasyid.
Pada malam kedua pula diadakan siaran langsung program Halaqah. Walaupun hujan lebat tetapi mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.
Berbeza sekali dengan program JOM HEBOH yang dipenuhi dengan program2 maksiat seperti yang telah dinyatakan oleh Dato' Mufti Perak. Teman bersyukur berada di Bumi Perak...
No comments:
Post a Comment