Wednesday, January 14, 2009

Cabaran Seorang Guru

Cabaran sebagai Pendidik


Alhamdulillah sudah masuk 2 minggu teman masuk kelas.. tahun nie teman ngajo kelas 3U lagi.. 3U tahun nie agak berbeza dgn tahun lepas..teringat teman pada kelas 3U 2008.. pertama kali mengajo kelas yg sangat mencabar .. semuanye lelaki. 38 orang semuanya.. Semua guru2 akan geleng kepala bila mendengar nama kelas tu.. berbeza sama sekali dengan sek pertama teman di sekolah Taayah.. macam langit dengan bumi.. Teman boley menghafal nama2 mereka satu persatu disebabkan tingkahlaku mereka yg hepy go lucky.. Agak nakal sehinggakan teman terpaksa menggunakan speaker mobile utk mengajar kerana sudah kehilangan suara.. Mereka pasti akan tersenyum kambing melihat gelagat teman yang sentiasa akan bersemangat mengajo dalam melayani karenah mereka.. ada juga segelintir dikalangan mereka yg sangat baik dan memberi semangat pada teman utk terus mengajar & mencurahkan ilmu tanpa jemu...

Sebagai seorang guru sifat sabar dan prihatin perluku tanamkan sedalam yg mungkin dlm sanubari diriku.. motto di maktab MPTKL masih ku ingat lagi "I want to be a teacher ", mmg aku memilih utk menjadi seorang pendidik..maka seharusnya aku mmg perlu ada ciri2 seorang guru yang terbaik dan bersedia menghadapi apa jua cabaran yg mendatang.. Bukan mudah tapi itulah perjuangan.. sekolah juga medan dakwah yang terbaik..

Keputusan PMR telah pun keluar dan analisis telah dibuat ... alhamdullillah syukur pada ILLahi kerana dengan izinNya, pencapaian kualiti pelajar telah meningkat walaupn bilangan yg dpt straight A menurun sedikit.. Ramai jg anak muridku yg berjaya dan mendapat keputusan yg baik walaupun bukan kategori pelajar asrama.. Tahniah Cikgu ucapkan.. Semoga Kalian semua boleh mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dan yg penting adalah kejayaan dunia akhirat..

Bagi Kelas 4ST2, 4ST1 tahun lepas, kini 5ST2 dan buat 5ST1.. cikgu lihat ada byk perubahan positif.. Azam tahun baru .. Berubah ke arah kebaikan ... Insyallah semoga berjaya dlm SPM kelak.. Maths n ICT score A1 yerk.. Cikgu sentiasa memberi sokongan dan berdoa. Semoga kalian semua menjadi mukmin yang boleh menyumbang kepada agama , bangsa dan negara ...

Sambil menulis coretan ini tiba2 aku terima panggilan talipon.. Ariyana , anak muridku semasa aku mengajar di SM Taayah , talipon bertanya khabar. Beliau sekarang belajar di Mesir mengambil bidang kedoktoran. Setiap kali hampir peperiksaan besar ariyana pasti akan menalifonku mohon doa restu.. dia mmg salah seorang anak murid kesayanganku kerana akhlaknya yg cukup mempersona dan seorang pelajar yg bijak dan rajin.. Semoga suatu hari nanti menjadi Pakar Perubatan yang hebat yg mampu membantu masyarakat dan menyumbang kepada agama bangsa dan negara. Kadangkala aku rasakan inilah kemanisan menjadi seorang guru dan pendidik... :). Syukur dan gembira kerana mereka menjadi manusia yg berguna dan memberi manfaat kepada insan yang lain..

No comments: