Sunday, January 18, 2009

Komputer Baru



Tip Membeli Komputer







Dua tig
a hari nie ada beberapa orang kawan datang jumpa teman, ada yg talipon, bersms tanyakan tentang komputer meja (desktop) dan komputer riba (laptop). Teman selalu dijadikan pakar rujuk oleh kawan-kawan, guru-guru dan murid-murid apabila mereka berkeinginan untuk membeli komputer, nk format komputer, nk repair komputer.. kekadang tu jadi orang tengah mcm promoter lak untuk uruskan pembelian laptop kekawan nie... Macam juruteknik komputer pon ada... emm kat sek mmg sibuk le.. abis ngajo, kn repair komputer lak... udah nasib badan.... Bukan le pakar sangat pon tapi boleh le bagi sedikit pandangan dan cadangan.. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah RAM (random-access memory), kelajuan dan jenis pemproses (processor), keupayaan grafik (graphic cards), ruang cakera keras (hardisk) dan sebagainya. Sebagai permulaan, lihat beberapa maklumat dan ada sedikit tip yang boleh dikongsi bersama..


1. Tujuan Anda Beli Komputer

Buat keputusan berdasarkan apa yang akan anda buat dengan komputer itu nanti. Sebagai contoh, jika anda merancang menggunakannya untuk kerja2 multimedia seperti mereka grafik, bunyi dan video, anda memerlukan lebih banyak RAM. Jika anda memerlukannya untuk membuat banyak kerja-kerja yang "computational" (contohnya; mencari melalui pangkalan data yang besar, melibatkan pengatucaraan atau menonton video), anda akan memerlukan pemproses yang berkuasa hebat. Spesifikasi bagi komputer & harga berbeza2 mengikut keperluan…kalau anda hendak gunakan utk menaip, melayari internet & perniagaan internet harganya lebih rendah daripada utk multimedia & games…


2. Carilah Komputer Yang Sesuai

Tentukan samaada anda memerlukan komputer riba (laptop), yang boleh dibawa ke mana-mana, atau komputer meja(desktop). Pilih spesifikasi komputer mengikut tujuan anda beli komputer. anggarkan konfigurasi utama yang anda perlukan, termasuklah pemproses( (processor AMD atau Intel Celeron atau Intel core2 duo), kelajuan (1.0 GHz atau lebih), jumlah RAM (1GB atau lebih) dan saiz pemacu keras (160GB atau lebih), dan monitor (15" atau 17" - CRT atau LCD) CRT lebih murah berbanding LCD tetapi menggunakan tenaga elektrik yg lebih.Kalau anda hanya untuk menaip jgn beli yang komputer utk multimedia @ games….rugi tau…kerana harga komputer berbeza2 mengikut penggunaan


(1) CRT monitor (2) LCD Monitor (3) RAM



(4 & 5) Processor : Intel dan AMD



3. Tetapkan Peruntukkan Atau Budget


Tetapkan satu budjet atau peruntukkan wang secara kasar yang diperlukan mengikut harga semasa spesifikasi atau sebuah komputer..anda boleh tgk pada iklan2 di surat khabar, majalah, internet tentang harga komputer.

4. Cari Harga Yang Terbaik


Carilah harga yang sesuai dan terpaling rendah, bandingkan semua harga kedai yang ada..tanya setiap kedai..kumpulkan senarai harga…cari harga yang terbaik yang ditawarkan..cari kalau ada promosi kedai buat promosi.…baru le dikatakan sebagai pengguna bijak.. Bertanya sekiranya anda ada sebarang kemusykilan.

5. Beli komputer & Periksa Perkakasan

Setelah dapat harga yang menarik, belilah komputer pilihan anda…tentukan pemacu(drive) tambahan yg diperlukan.. CD-ROM drive, DVD-ROM drive ataupun CD-RW drive, lihat juga tambahan perkakasan lain seperti modem, kad bunyi (sound card), kad video (video card) dan pembesar suara. periksa perkakasan samada perkakasan yang ditawarkan lengkap pada komputer yang anda beli….Ingat kekadang ada juga penjual tipu, tulis kat senarai, RAM 2GB tapi dalam komputer 1GB.

6. Tetapkan perisian (pre-installed) dan jangkamasa jaminan.

Sekurang-kurangnya dapatkan sistem pengoperasian, seperti Windows,- XP atau Vista, program anti-virus, dan program pemprosesan kata (word processing), spreadsheets dan pangkalan data. Pilih jangkamasa jaminan atau khidmat yang diliputi berdasarkan keperluan anda. Pastikan mudah untuk anda datang semula ke kedai (tidak jauh dan kedai tersebut wujud) jika ada sebarang masalah berbangkit. Selalunya kalau pembelian komputer di PC Fair, pengguna tidak tahu dimanakah kedai tersebut jika ada masalah pada komputer.

Sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini teknologi dengan membaca ulasan tentang produk-produk terbaru yang berada di pasaran di dalam majalah-majalah atau melalui internet dan sebaik-baiknya Bawalah kawan yang pakar tentang komputer ketika membeli…

Insya’Allah kalau anda ikut tip nie, anda tidak akan rugi..

Wednesday, January 14, 2009

Cabaran Seorang Guru

Cabaran sebagai Pendidik


Alhamdulillah sudah masuk 2 minggu teman masuk kelas.. tahun nie teman ngajo kelas 3U lagi.. 3U tahun nie agak berbeza dgn tahun lepas..teringat teman pada kelas 3U 2008.. pertama kali mengajo kelas yg sangat mencabar .. semuanye lelaki. 38 orang semuanya.. Semua guru2 akan geleng kepala bila mendengar nama kelas tu.. berbeza sama sekali dengan sek pertama teman di sekolah Taayah.. macam langit dengan bumi.. Teman boley menghafal nama2 mereka satu persatu disebabkan tingkahlaku mereka yg hepy go lucky.. Agak nakal sehinggakan teman terpaksa menggunakan speaker mobile utk mengajar kerana sudah kehilangan suara.. Mereka pasti akan tersenyum kambing melihat gelagat teman yang sentiasa akan bersemangat mengajo dalam melayani karenah mereka.. ada juga segelintir dikalangan mereka yg sangat baik dan memberi semangat pada teman utk terus mengajar & mencurahkan ilmu tanpa jemu...

Sebagai seorang guru sifat sabar dan prihatin perluku tanamkan sedalam yg mungkin dlm sanubari diriku.. motto di maktab MPTKL masih ku ingat lagi "I want to be a teacher ", mmg aku memilih utk menjadi seorang pendidik..maka seharusnya aku mmg perlu ada ciri2 seorang guru yang terbaik dan bersedia menghadapi apa jua cabaran yg mendatang.. Bukan mudah tapi itulah perjuangan.. sekolah juga medan dakwah yang terbaik..

Keputusan PMR telah pun keluar dan analisis telah dibuat ... alhamdullillah syukur pada ILLahi kerana dengan izinNya, pencapaian kualiti pelajar telah meningkat walaupn bilangan yg dpt straight A menurun sedikit.. Ramai jg anak muridku yg berjaya dan mendapat keputusan yg baik walaupun bukan kategori pelajar asrama.. Tahniah Cikgu ucapkan.. Semoga Kalian semua boleh mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dan yg penting adalah kejayaan dunia akhirat..

Bagi Kelas 4ST2, 4ST1 tahun lepas, kini 5ST2 dan buat 5ST1.. cikgu lihat ada byk perubahan positif.. Azam tahun baru .. Berubah ke arah kebaikan ... Insyallah semoga berjaya dlm SPM kelak.. Maths n ICT score A1 yerk.. Cikgu sentiasa memberi sokongan dan berdoa. Semoga kalian semua menjadi mukmin yang boleh menyumbang kepada agama , bangsa dan negara ...

Sambil menulis coretan ini tiba2 aku terima panggilan talipon.. Ariyana , anak muridku semasa aku mengajar di SM Taayah , talipon bertanya khabar. Beliau sekarang belajar di Mesir mengambil bidang kedoktoran. Setiap kali hampir peperiksaan besar ariyana pasti akan menalifonku mohon doa restu.. dia mmg salah seorang anak murid kesayanganku kerana akhlaknya yg cukup mempersona dan seorang pelajar yg bijak dan rajin.. Semoga suatu hari nanti menjadi Pakar Perubatan yang hebat yg mampu membantu masyarakat dan menyumbang kepada agama bangsa dan negara. Kadangkala aku rasakan inilah kemanisan menjadi seorang guru dan pendidik... :). Syukur dan gembira kerana mereka menjadi manusia yg berguna dan memberi manfaat kepada insan yang lain..

Tuesday, January 13, 2009

Wabak melanda

Virus Chikungunya


Hari nie teman dapat berita, jiran2 rapat sebelah rumah teman nie makcik Jah dan suaminye Pak Dollah, pakcik Aenn telah terkena jangkitan demam chikungunya. Teman dimaklumkan oleh mak teman, ambulan datang ke rumah makcik Jah utk dimasukkan ke dalam wad, tapi malangnye wad dipenuhi dengan pesakit2 chikungunya nie dan makcih Jah dihantar semula pulanng ke rumah setelah diberi rawatan. Petanda penyakit ini dah menjadi wabak dan mula merebak di kawasan kampung teman. Risau juga teman.. dulu pernah le teman masuk wad 2 kali gara2 kena demam denggi. antibody badan pon bukannya kuat sangat.. Moga2 Allah memberi perlindungan buat teman dan keluarga dan jiran tetangga. Insyallah kami merancang nak buat solat hajat dan bacaan yassin , mohon pada IILahi agar dijauhkan dari wabak ini merebak di kg kami, kawasan sekitarnya dan hilang dari bumi Malaysia.. Amin

Sedikit maklumat ttg virus chikungunya

Diagnosis Chikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi. Adakah ia boleh dirawat?Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan .Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.Langkah-langkah pencegahan?

Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.I ni termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya.


GejalaSimptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 39 darjah celsius.Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.

Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.Jadi, kenapa perlu bimbang?Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.


Jaga persekitaran anda dan berjaga-jaga!

Saturday, January 10, 2009

BerDoa


Bersama BerDoa



Sejak kebelakangn ini, teman byk menerima berita sahabat2 dan kawan2 sekerja yang dimasukkan ke dalam wad hospital kerana serangan sakit tertentu secara mengejut. Semalam teman ziarah sahabat baik teman mazlea. Bukan beliau yang masuk wad, tapi suaminya dimasukkan di wad ICU kerana disyaki jangkitan kuman di bahagian kepala. Lebihan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi menyebabkan beliau diberi bantuan penafasan sementara dan masih tidak sedarkan diri. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba.

Kepada sesiapa yang mengenali sahabat teman nie.. sekiranya berkelapangan luangkanlah masa untuk ziarah beliau di Hospital Permasisuri Bainun (H0spital Besar Ipoh) di Wad ICU 3B . Allah menguji buat hamba-hambaNya yang beriman. Semoga Lea tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi semangat dan kekuatan buat sahabatku ini. Bersama-sama kita berdoa, membaca yaasin dan membuat solat hajat agar saudara Syaila cepat sembuh.. Amin2...

Apabila berada di hospital melihat pesakit2 yang terlantar dikatil.. hati merasa sayu, insaf buat seketika... Aku bersyukur kerana Allah masih lagi mengurniakan nikmat kesihatan yang baik buat diriku... kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai..
Aku teringat dengan kata-kata hikmah ini..
5 perkara sebelum 5 perkara! Selalu kita lupakan 5 perkara sebelum 5 perkara ini

senang sebelum susah
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
hidup sebelum mati!

Sama2le kita berfikir dan bermuhasabah diri sebelum terlambat ..


Monday, January 5, 2009

Hati-hati Games Online

Permainan Games Online mencemuh agama

KUALA LUMPUR: Cukup hina bagi umat Islam apabila pemain permainan komputer boleh menghidupkan karekter berasaskan manusia, tetapi menamakannya sebagai Allah, malah lebih meluapkan perasaan marah apabila watak terbabit hanya berseluar dalam.


Mungkin kerana cetek pengetahuan agama menyebabkan segelintir remaja yang gemar melayari permainan komputer secara terus di Internet menjadikannya medan untuk mencaci serta menghina agama.

Mereka sepatutnya menguji kecekapan atau minda, bukannya memburuk-burukkan agama melalui permainan dalam talian berkenaan.

Berdasarkan pendedahan seorang ‘kaki’ permainan komputer, siasatan Harian Metro mendapati wujudnya pemain yang sengaja mempersendakan agama berikutan tiada tapisan mengenai sensitiviti agama atau kaum.


Pemain terbabit yang dikenali sebagai Hazdi berkata, hampir semua permainan di Internet yang pernah dicubanya tidak mempunyai tapisan membabitkan agama atau kaum.

Ini menyebabkan kebanyakan pemain yang didakwanya berusia belasan tahun itu sewenang-wenangnya mencerca dan menghina agama.

“Saya tidak faham dengan pembangun perisian ini. Jika dilihat daripada alamat pertubuhan yang menyediakan permainan terbabit, mereka beroperasi di negara ini, malah dipercayai berdaftar dengan MSC.

Bagaimanapun, mereka langsung tidak peka terhadap sensitiviti agama.

Dia yang sering berkunjung di kafe siber untuk bermain permainan komputer berkata, pembuat perisian sepatutnya membuat tapisan terhadap nama watak sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi menjaga sensitiviti agama di negara berbilang kaum ini.

“Janganlah benarkan pemain sesuka hati menamakan watak yang dihidupkan bagi mengelak tindak balas daripada pihak tertentu,” katanya.

Dia seterusnya mengesan sesetengah pemain senior secara terus di Internet itu suka menjerat pemain baru untuk mendapatkan wang atau kad tambah nilai.

Situasi itu boleh dilihat apabila pemain senior itu menawarkan barangan yang boleh ditukar dengan kad tambah nilai atau wang.

“Kebanyakan pemain senior itu pelajar sekolah. Jadi mereka sememangnya tidak mempunyai sumber kewangan tetap untuk berkunjung di kafe siber. Disebabkan itu, mereka berani menipu pemain baru dengan menawarkan barangan yang boleh ditukar dengan kad tambah nilai atau wang yang dibayar menerusi akaun bank.
Sumber :hmetro.com.my

* Penghinaan terhadap ISLAM semakin menjadi-jadi, bermula dengan karektor lukisan-lukisan karton menghina nabi Muhammad, menulis kalimah ALLAH di atas kasut dan yg terkini di alam maya, permainan games online menggunakan nama ALLAH... Tunggulah pembalasan dari ALLAH di atas penghinaan yg dilakukan .. *

Saturday, January 3, 2009

Selamatkan Bumi Palestin

Ratusan Laman Web Israel digodam - Pakar Komputer Forensik








KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Akibat kekecewaan dan kemarahan memuncak terhadap Israel yang tidak berperikemanusiaan membunuh lebih 400 orang pendudk Palestin yang tidak berdosa menyebabkan laman-laman web Israel juga

mendapat padah.










Menurut laporan Al.com lebih 300 laman web Israel telah digodam sepanjang minggu dan digunakan untuk menyebarkan dakyah anti Israel dan anti Amerika.

"Sebaik sahaja Israel mengembomkan Gaza, kita mengesan tindak balas siber dan menemuinya," kata Gary Warner seorang komp

uter forensik daripada Universiti Alabama di Birmingham.

Katanya pro-Palestine 'hackers' menggantikan laman web asal dengan yang lain, berkaitan politik.

Kata Warner situasi propaganda perang seperti ini pernah berlaku pada tahun 2001 ketika 'hackers' China menggodam 1,000 laman web kerana mengecam insiden yang melibatkan Jet China dan kapal terbang milik tentera udara Am

erika. - azm _

* Kita tidak mampu pergi ke Palestin utk berjihad, Antara langkah yang boleh kita lakukan ialah dengan mengadakan sembahyang sunat hajat, memperbanyakkan membaca doa "Qunut Nazilah" dan memboikot barangan dan unsur-unsur yang berhubung dengan Yahudi dan Amerika. Hidup Palestin, Hancur Kuffar!



Jom B0ikot Produk AS n Israel !!!

Nie sms yg teman br terima dari seorang sahabat...

Dah boikot produk2 Israel & Amerika? Nak boikot semua ke? Kalau boleh semua la tapi kalau tak boleh, ada pakar dah jalankan kajian dan buat kesimpulan di bawah mengikut priority saham syarikat mana yg jelas byk menyumbang dan bersimpati dengan Israel, kesimpulannya spt di bawah:

Priority 1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang kepada Israel: Mcdonalds, Starbucks, Coca cola

Priority 2: Kalau boleh boikot juga, syarikat yang melabur di Israel: Nestle, Nokia,

Priority 3: Buy American Last: Semua syarikat Amerika yang lain. Tak boleh jugak? Ermm.. Tolong sebarkan pon ok la juga ... Fikir2kan le....








Thursday, January 1, 2009

AGen Perubahan - Berubah ke arah kebaikan

'Hijrah Dirai, Masehi Dinanti'
Berubah ke arah kebaikan


Azan dilaung tepat detik 12 malam.

Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.







Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium. Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai, Masehi Dinanti'.

Penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak Imagemasyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan."Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Image Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.

Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyamImagepaikan lagu nasyid, Deklamasi sajak, Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.


sumber: harakhdaily

* Program sebaik & seunik ini wajar dicontohi dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita bagi menghindari dari gejala sosial berleluasa..