Jom Mendaki Bukit Kledang
Alhamdulillah, cuaca pagi nie sangat baik. Teman dan kekawan udah lama merancang nak pergi ke Bukit Keledang. dah dua tiga kali tertunda..kami nak berjoging dan dalam masa yang sama nak survey tempat... Belum sampai stesen pertama, dah berpeluh2.. kalu pergi jongging kat padang polo.. idak le berpeluh macam nie... Sebelum nie pon dah pergi dua tiga kali ngan kekawan sekolah, tapi sampai 4 stesen je, tapi hari nie gi ngan geng2 nisa' ipoh timur .. hampir nak sampai kemuncak, dekat2 dengan taman yang ada kat bukit klebang tu... Kami pon mencari lokasi dan check point yang sesuai. Cadang nak buat program explorace utk nisa' kat kawasan teman, tempat nie sangat sesuai untuk remaja berekreasi dan lakukan aktiviti lasak dan mencabar..
(1) anak sungai yg jernih (2) Di belakang kami ada ala2 air terjun (3)Senaman refleksologi di stesen ke-4
Rasa tenang je.. Kiri kanan dikelilingi tumbuhan hijau ciptaan ILLAHI.. Udara yg segar dan nyaman.. bunyian air yg mengalir dr anak sungai.. Sejuknye air.. hilang rasa penat mendaki..Best.. rugi kalu x pegi... Yang paling menyeronokan setiap stesen perhentian kami.. kami bersembang dengan pendaki2 yang lain, berbilang bangsa.. Kami perhatikan ramai dkalangan kaum tionghoa yang rajin mendaki di sini bersama keluarga dan kekawan mereka.. Segelintir sahaja dari kaumku. Kami beramah mesra sebentar dengan mereka .. Kami kagum dengan semangat mereka, walaupn umor udah melebihi separuh abad, tapi mereka sangat bertenaga.. Seorang guru pencen menyapa dan bg nasihat dan semangat kat kami semua supaya jaga kesihatan dan selalu le bersenam kerana kata beliau, kalu badan sihat, mudah utk beribadah dan melaksanakan kerja2 yang berfaedah... badan sihat otak cergas...
So kalu nak awet muda .. datang le selalu kat sini...
So kalu nak awet muda .. datang le selalu kat sini...
No comments:
Post a Comment