Hari pertama dalam takwim Islam dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Daripada peristiwa itu bermulanya syiar Islam ke segala pelosok dunia dan meletakkan kejayaan Islam sehingga 3/4 dunia. Maka, Muharam merupakan bulan pertama dalam Islam dikira mulai tahun pertama hijrah. Kini umat Islam memasuki tahun hijrah ke 1430. Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy kepada golongan Mukmin. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat kedua, 17 daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.
"Rasulullah ditanya orang mengenai Hijrah. Maka bersabda Rasulullah: Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Makkah. Yang ada ialah jihad dan niat yang sahih. Apabila kamu diperintahkan berjihad maka patuhilah".
(Sahih Muslim)
I wish you a blessed Maal Hijrah.
“Kejayaan sebenar berada di depan mata dan samar-samar untuk dimengertikan dan sukar dicari tanpa ilmu dan pengalaman. Ia milik orang yang sabar, tekun, amanah dan penuh doa setelah bertungkus lumus berusaha dalam mengejar matlamat.”
Berhijrah ? Tahun 2007 aku kena berhijrah tempat kerja .. Hati memang berat.. Banyak perkara yang perluku lepaskan dan korbankan.. Baru sedikit ujianku berbanding dengan pengorbanan penghijrahan Rasulullah dan pengikutnya.. Hijrah satu perjuangan , hijrah satu pengorbanan. Hidup perlukan pengorbanan .. Ada hikmah dan rahmatnya.. banyak perkara baru yang aku pelajari dan menambahkan lagi pengalaman hidupku ... Aku mula belajar utk menghargai apa jua yg ada disekelilingku.. Berhijrah kepada kebaikan.. Jom Berubah...
Alhamdulillah syukur kehadrat ILLAHI kerana aku masih lagi menjadi penghuni bumi ALLAH ini. Bumi berputar tanpa henti, Masa terus berlalu, tanpa disedari tempoh setahun lagi telah ku tempuhi... Aku termenung seketika bila diajukan oleh seorang sahabat apa azam tahun baru ? Aku mula muhasabah diri .. Dalam tempoh setahun yg Allah berikan kepada ku.. Adakah aku telah gunakan sebaik mungkin... Banyak yang aku perlu lakukan ... Banyak perkara yang aku perlu laksanakan... banyak yang aku perlu pelajari...
kekuatan dan kesabaran buat diriku
dalam menghadapi apa jua ujian
cabaran dan dugaan yang mendatang...
Ya ALLAH pimpinlah hambamu ini &
permudahkanlah segala urusan ku... Amin.
Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.
cukuplah Qana’ah menyertainya.
cukuplah kematian menasihatinya.
cukuplah Al-Quran mnjadi brg simpanannya.
cukuplah NERAKA baginya.
No comments:
Post a Comment