Tuesday, December 23, 2008

Nisa' Indoor Games

Jom Main Permainan tradisional...


Alhhamdulillah Nisa’ Indoor Games 2008 Peringkat Negeri Perak telah berjaya diadakan pada 21 Disember 2008 di Kawasan Berbumbung Taman Dr. Seenivasagam Ipoh Perak. Nisa' Games ini diadakan bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah gaya hidup sihat dan menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional yang semakin lupus ditelan zaman. Selain itu program ini dapat mengeratkan hubungan siraturahim antara ahli-ahli Nisa' seluruh perak dan masyarakat sekeliling.


Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan yang disertai oleh seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Antara acara tersebut ialah Catur, Dam Haji "Gergasi", Dam Ular "Gergasi", Karom, Batu Seremban, Ceper dan Congkak.

Kesemua Acara mendapat sambutan hangat dan permainan Dam Ular “Gergasi” dan Dam Haji "Gergasi" berjaya menarik perhatian orang ramai.

Nisa' Games ini telah berakhir dengan ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal terima kasih kerana mangambil bahagian dan cuba lagi dilain masa..Alhamdulillah, cuaca yang baik pada hari itu telah melancarkan perjalanan karnival tersebut. SYABAS DAN TAHNIAH NISA' PERAK !


1 comment:

diba said...

salam
nak tnye mcmane nak dptkan dam ular gergasi n dam aji gergasi?