Thursday, December 25, 2008

FeStiVaL Nasyid Nisa' 2008

Jom BerNasYiD

Buat julung2 kalinya Nisa' Gopeng dengan kerjasama Islamic Student Club (UniKL -RCMP ) telah menganjurkan Festival Nasyid Nisa 2008 pada 19 Disember 2008 bertempat di Multipurpose Hall UniKL-RCMP . Antara objektif program ini adalah merialisasikan remaja muslim yang mencintai islam dan berakhlak melalui hiburan yang berlandaskan syariat. Ia juga memberi peluang kepada muslimat menunjukkan bakat dan kebolehan mereka disamping memberi hiburan alternatif kepada masyarakat.

Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah, pelajar kolej perubatan diraja dan nisa' zon bandaraya yang memeriahkan lagi festival nasyid ini.

Kumpulan Nasyid Jemputan Muslimin dari Kolej Perubatan diRaja, Kumpulan Sufi telah menghiburkan para hadiran sementara menunggu keputusan dari hakim.

Majlis Perasmian Pembukaan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil pimpinan Nisa' Perak . Tahniah kepada Nisa' Gopeng dan Islamic Student Club serta semua Jawatankuasa Pelaksa Program kerana telah berjaya menganjurkan Festival Nasyid ini. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. SYABAS DAN TAHNIAH !


No comments: