Wednesday, December 30, 2009

Ayam Organik

AYAM HORMON VS AYAM ORGANIK

nyam.. nyam... sedapnya... ayam hormon tu.... ye..eek.. huek..

ni baru sedap dan berkhasiat... sate Organik...

ayam Organik HPA bebas dari suntikkan Hormon...

Oleh Pensilajaib

KUALA LUMPUR 7 Disember 2009 - Gejala buah dada lelaki membesar seperti wanita atau gynecomastia bukan saja berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan diragui kandungannya, malah mereka yang kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko berdepan masalah itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, berkata apabila lelaki menghadapi masalah gynecomastia, mereka berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita.

“Tuhan menjadikan fitrah wanita mengeluarkan hormon estrogen yang menyebabkan payu dara mereka membesar secara semula jadi, tetapi apabila lelaki mengambilnya terdapat risiko barah menjadi lebih ganas iaitu cepat merebak serta membawa maut.

“Perkara ini berlaku bukan saja disebabkan pengambil ubat tidak sah yang mengandungi steroid dan estrogen, malah lelaki terutama kanak-kanak yang kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko mengalami gynecomastia atau buah dada mereka membesar,” katanya yang dihubungi semalam.
(Dipetik dari Harian Metro)

ULASAN
Sebut sahaja tentang cuti sekolah, perkara yang kerap juga terbayang ialah berkenaan dengan jemputan majlis kenduri kahwin. Kenduri kahwin ini juga jarang sekali dapat dipisahkan dengan jamuan. Jamuan ini pula jarang sekali kita dapat kita pisahkan dari masakan yang berasaskan dari daging ayam.

Bukan jamuan kenduri kahwin sahaja yang guna ayam hormon ini bahkan semua lauk ayam di rumah kita , di warung, di restoran atau dimana saja pun guna ayam ini...

Oleh yang demikian bermula dari sekarang seharusnyalah kita berusaha untuk menjauhkan diri dari memakan daging ayam hormon atau daging ayam suntik. Namun demikian sekarang kita sudah punya pilihan seperti ayam organik HPA dan sebagainya.


Sumber:
http://dppksg.blogspot.com/2009/12/bahaya-ayam-hormon.html

Syahidah Hijab

Kisah seorang Syahidah Hijab?

Kisah bermula pada tahun lepas (2008), seorang muslimah warganegara Mesir, Dr Marwah al-Syarbini (32 tahun) membawa anak lelakinya Mustafa (3 tahun) ke sebuah taman permainan kanak-kanak di bandar Dresden. Di situ terdapat seorang lelaki warganegara German berbangsa Rusia dikenali sebagai Alex (28 tahun). Marwah meminta lelaki itu agar meninggalkan buai untuk memberi peluang kepada anaknya bermain. Lelaki tersebut bukan sahaja tidak mengendahkan permintaan Marwah, sebaliknya telah memaki hamun dan menuduhnya pengganas kerana memakai pakaian menutup aurat.



Demi mempertahankan maruah dan tuntutan agamanya, Maruah membuat pengaduan di Mahkamah. Mahkamah memerintahkan lelaki tersebut membayar denda kepada Marwah sebanyak 750 Euro. Lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dan meminta diulang bicara.

Pada hari yang ditetapkan, hari Rabu lepas (1 July) Marwah datang ke mahkamah untuk perpicaraan. Namun lelaki itu telah menunggunya dengan sebilau pisau, lantas menikamnya bertubi-tubi. Suaminya yang menyaksikan serangan itu cuba menghalang. Tetapi dia sendiri turut terkena tikaman. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba dan segera melepaskan tembakan. Malang sekali lagi, yang tertembak adalah suami Marwah, Dr Muhammad ‘Ukaz. Dengan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Sejarah Islam


Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata : "Waa Mu'tasimah!'. Mu'tasimah yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.



Umat Islam kini, apa yang dibuat? Tiada liputan besar-besaran dibuat untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet. Sebaliknya media hanya mementingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Sedunia dicadangkan bagi mengenang Marwa Al-Sharbini. Usul ini dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abber Pharoan melalui Islamonline. Beliau mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan Hari Hijab Sedunia," kata Abeer.



Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengebumian. Walaupun beliau tidak sepopular artis Micheal Jacson, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Sumber :
Nik Nasri Malek (Kemaman - FIKRAH Harakah respons m/s F11)

Kisah Teladan

KISAH TELADAN : KITA IBARAT PINGGAN


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..


Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..


Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..


Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..


Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..


Semoga bermanfaat..

Tuesday, December 29, 2009

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Email daripada seorang sahabat :

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

Wednesday, December 23, 2009

Puisi Ketika Cinta Bertasbih

PUISI KETIKA CINTA BERTASBIH





Masihkah ada CINTA....

CINTA ITU CAHAYA SANUBARI
KURNIAAN TUHAN FITRAH INSANI


CINTA itu BUTA..

andai Pemilik CINTA tidak mengenal MAHA PENCIPTA..

Cintakan Bunga, Bunga akan Layu..
Cintakan Manusia, Suatu Hari Dia akan Pergi Jua...
Cintakan ALLAH, hanya DIA kan Kekal Abadi.


Friday, December 18, 2009

HIJRAH MINDA

HIJRAH MINDA

Bila sentuh tentang hijrah nie, ia memerlukan pengorbanan dan jihad yang tinggi. Jihad yang besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Sekali dengar mcm senang je..x perlu mengangkat senjata dan xperlu berada dimedan perang untuk berjihad menentang musuh. Namun tanpa kita sedari, rupa2nya masih ada musuh di dalam sanubari dan minda kita..

Pada Zaman Jahiliyah dahulu, masyarakat Quraisy percaya bahawa ALLAH adalah Khaliq, Pencipta Manusia, Makhluk dan Alam ini semata-mata. Mereka menyembah berhala sebagai perantara antara Mereka dengan tuhan.. Mereka tidak Menganggap ALLAH sebagai Pengurus dan Pentadbir Alam ini, sebagai Pemberi Rezeki, Sebagai Penyembuh dan sebagainya . Nabi Muhammad diutuskan utk menghijrahkan minda dan aqidah mereka agar menerima ajaran Islam yang syumul.


Namun Begitu, tanpa disedari di Zaman Siber nie, Orientalis barat telah berjaya membekukan minda umat ISLAM dengan memisahkan urusan agama dan urusan dunia untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia ini. Masih ada lagi dikalangan masyarakat Islam berfikiran seperti Jahiliyah dan menganggap ALLAH hanyalah sebagai Maha Pencipta Langit dan Bumi, dan bukan Maha Pentadbir ALAM dan Kehidupan Manusia..

Untuk Berjaya di dunia adalah dengan ILMU
Untuk Berjaya di akhirat adalah dengan ILMU
Untuk Berjaya di dunia dan akhirat adalah dengan ILMU


Saya sangat terkesan dengan penyampaian yg dikupas oleh Ust. Hasrizal sempenan Maal Hijrah ini. Jom kita dengar dan hayati.




Thursday, December 17, 2009

SISTA


Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat

Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.


Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.


Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.


"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.



Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.


Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.


"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.



Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk

Monday, December 14, 2009


Doa pengamalan harian...



Ya Alah ya Affuw Yang Mana Pemaaf, Ya Ghafur Yang Maha Pengampun, Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat, maafkan, ampuni dan terimalah taubat kami yang sentiasa merasa bangga dengan amalan kami padahal dosa dosa kami bagai lautan tak kami sedari,hanya rahmatMu ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang akan menyelamatkan kami kerana manusia selalu lalai dan lupa kepadaMu sedangkan Engkau tidak pernah lupa, Kau Ya Roqib sentiasa mengawasi kami dan Engkau Ya Muhsyi Yang Maha Menghitung sentiasa menghitung setiap perbuatan kami, janganlah Kau menghukum kami ya Allah Ya Muntaqim Yang Maha Menyiksa kerana siksaanMu terlalu keras dan kami tak akan sanggup menghadapi nerakaMu yang siksaan paling ringan apabila menggelegak otak manusia apabila dipakaikan seliper neraka.
Bangkitlah sahabatku dengan bantuan ya Basith ya maha membangkitkan semangat. Serahkan dirimu untuk diagendakan oleh ya Bari’ yang maha mengatur agenda manusia. Terangi jiwamu dengan AnnUr Allah agar mampu melihat petunjuk dari ya Haaadi yang maha memberi hidayah dan petunjuk agar diri sentiasa berada diatas orbit ihsan-iman-islam.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Rahmatilah ibuku serta semua ahli keluarganya yang tercinta..satukanlah kami di syurga. Janganlah Kau pisahkan kami ya Allah, Ya Allah semoga kejayaan yang Kua berikan kepada hambaMu akan menjadikannya hampa lebih bersyukur..ya Allah Ya Wahhab, berilah kamu kejayaan dunia dan akhirat..amin ya Robbal Alamin.
Ya Allah Ya Rahman ya Rahim,alirkan rasa kasih sayang sesama kami kerana kami ingin menyintai kebenaran dan berbuat baik di jalanMu,wahai sebaik-baik pemberi ganjaran, berkatilah setiap kebaikan kami sebagai ‘ibadah’, rahmatilah kami semua dengan syurgaMu. Ya Wasi’. Limpahi kami dengan kurniaan Mu yang meluas kemudahan dan kesenangan dunia kerana kami akan meninggikan syiarMu. Makbulkan lah sega doa-doa dan hajat kami, berkati hidup kami semua agar sentiasa dalam ihsan-iman-islam, Jadikanlah amal kami cahaya,di hari pertemuan denganMu Ya Allah. Ya Allah Ya ‘Aliy yang Maha Tinggi, tinggikanlah darjat kami di sisiMu dan kumpulkan kami juga bersama seluruh insan yang kami sayangi bersama kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh AbidMu dan orang-orang yang mendapat kecintaanMu serta pejuangMu. PadaMu kami berserah dan bakal kembali.'

Sunday, November 15, 2009

MENCARI BAHAGIA MELALUI SABAR

Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan tenang dan hati kita akan rasa bahagia. Kita yakin apa yang berlaku adalah ujian dan Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk kita Kebahagian kita boleh perolehi apabila kita bersabar dan menghadapan berbagai masalah dalam kehidupan.
Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.

Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Sabar adalah sifat mahmudah yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kepada kebahagian, sabar akan membawa kepada ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apabila seseorang mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yang hakiki.
Sifat sabar banyak mempengaruhi kehidupan manusia yang membawa kepada kebaikan sebaliknya orang yang tidak mempunyai sifat sabar akan melakukan perkara-perkara yang boleh memudharatkan dan menyusahkan orang lain. Apabila kita mampu mengawal hati kita dan sematkan sifat sabar didalammnya insyaallah ketenangan dan kebahagian dapat kita rasai.
Banyak tempat Allah s.w.t menyebutkan sifat sabar dalam al-Quran antaranya ialah;
Firman Allah swt;

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksudnya; Dan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-Baqarah:155).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayng kepada orang-orang yang sabar.( Ali Imran :200)

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya; Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(al-Zumar:10)

Sabda Rasulullah s.a.w.
واعلم أن النصر مع الصبر

Maksudnya; Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang sabar.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata;

إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه ثم صبر عوضته منهما الجنة

Maksudnya; Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah.
2. Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah
3. Bersabar dalam menghadapi ujian kesusahan dan kepayahan.

Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Dengan sikap dan perasaan seperti ini seseorang dengan sifat sabar akan merasa tenang dan bahagia seterusnya kehidupannya dalam keadaan yang bahagia walaupun apa yang dihajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayangi.

Saturday, October 17, 2009

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah.

Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut.

Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih.

Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya.

Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat.

Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu.

Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu.

Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?

Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata.

Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata.

Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Rasanya mcm langit dengan bumi tahap kecintaan n tahap keimanan diriku jika dibandingkan dengan Ahli Sufi Rabiatul Adawiah dan para wali2 Allah yang lain. Aku lebih terpesona dengan isi dunia yang mengasyikan dan Lebih mencintai makhluk daripada Maha Pencipta..

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”


"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."

Monday, October 12, 2009

Gempa di Padang

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran



Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurâan!
demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16):
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58):
Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya.
Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Friday, October 9, 2009

Nasib Orang Bujang

Nasib Orang Bujang



Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.



**secebis KASIH membuat kita SAYANG ….seucap JANJI membuat kita PERCAYA…..sekecil LUKA membuat kita KECEWA…..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA…

Artikel ini telah dikirimkan oleh saudari Farhadila Mohamed Kamel.

Wednesday, October 7, 2009

Azimat Menempuh Peperiksaan

Azimat Menempuh Peperiksaan






“Bolehkah kamu berjaya dalam hidup jika tidak lulus PMR dan SPM?” saya melontarkan soalan kepada peserta.

Boleh tahan juga bilangannya yang mengangkat tangan untuk jawapan YA.

“Maknanya ramailah yang merancang untuk gagal PMR dan SPM ni ya? Senang kerja saya” saya membuat kesimpulan.

Guru-guru pun ada yang kelihatan resah dengan idea yang saya sampaikan. Memberikan cadangan bahawa hidup boleh diteruskan dengan kejayaan tanpa kelulusan PMR dan SPM?


“Baiklah, bagi yang kata kita boleh berjaya dalam hidup walaupun gagal PMR dan SPM, bolehkah kongsikan hujah anda?” saya menyambung provokasi.

Seperti biasa, ramai yang tertunduk-tunduk, memandang dinding dan bumbung dewan, melarikan mata daripada memandang saya kerana tidak mahu disuruh menjawab soalan. Itu ‘penyakit’ yang sering melanda pelajar-pelajar kita. Bising bila ramai, kecut bila diminta bersuara atas kapasiti peribadi.

“Sebab PMR dan SPM bukan segala-galanya. Ada ujian yang lebih besar di Akhirat!” jawab seorang pelajar.

Wah, jawapannya disambut dengan tepuk tangan oleh rakan-rakan. Saya juga mengucapkan syabas kepadanya kerana berani bersuara. Senaskhah buku Persediaan Minda Pelajar Cemerlang tulisan rakan saya, Osman bin Affan, dijadikan hadiah buat pelajar yang berani ini.

PMR DAN SPM URUSAN AKHIRAT

“Maksud kamu, PMR dan SPM tiada kena mengena dengan Akhirat?” saya menyambung soalan.

“Err… err…” pelajar itu tidak pasti, asyik menggaru kepala.

“Ada ke benda di dunia ini yang tiada kena mengena dengan Akhirat?” saya meneruskan soalan.

“Sekular!” jawab seorang pelajar.

Hebat falsafahnya. Senaskhah lagi buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi, saya jadikan hadiah buat pelajar yang memberikan kata kunci berharga dalam sampuk beliau itu tadi.

Hakikatnya, sama ada kita boleh berjaya atau tidak dalam hidup ini tanpa lulus PMR dan SPM, jawapannya ialah YA dan TIDAK.

JIKA MAHU JAWAPANNYA YA

Anda berusaha gigih.

Pergi ke sekolah dan menghadiri kelas dengan penuh tumpuan. Tidak ponteng kelas tambahan. Bertanya jika tidak faham. Membuat kerja latihan yang diberi, berlatih menjawab soalan-soalan tahun lepas, mencipta mnemonic untuk membantu anda menghafal fakta… anda berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba menjelang peperiksaan, berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Anda demam campak.

Seperti semasa saya menduduki kertas pertama SPM, kertas Bahasa Melayu.

Disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka itu, anda mendapat keputusan peperiksaan yang tidak seperti apa yang diharapkan, malah mungkin gagal terus… ketahuilah, anda adalah calon manusia berjaya dalam hidup ini di dunia dan di Akhirat.

Mengapa?

UPSR, PMR dan SPM walaupun kejayaannya diukur pada keputusan yang tercatat di atas kertas keputusan peperiksaan, namun itu bukanlah inti pati utamanya. Tanyalah seorang jurutera, semasa beliau menghadiri temuduga kerja, apakah majikannya bertanya tentang keputusan UPSR dan PMR beliau?

Tiada.

Sudah tidak penting lagi.

Tetapi apa yang diajar oleh UPSR, PMR dan SPM ialah latihan mencipta kejayaan iaitu pada SIKAP yang dibentuk di sepanjang perjalanan menuju dewan peperiksaan. Jika anda telah berusaha gigih, memberikan sepenuh komitmen, berdisiplin untuk mengutamakan apa yang utama, bersabar dengan apa yang kita tidak suka untuk nantinya dapat apa yang kita suka, maka kita sudah pun berjaya, sebelum keluar keputusan peperiksaan!.

Kejayaan ialah perjalanan, bukan destinasi!

Jika anda sudah menyertai perjalanan itu, anda sudah pun berjaya.

JAWAPANNYA PASTI TIDAK

Namun, jika anda gagal di dalam peperiksaan kerana tidak berusaha, malas, menyakiti hati ibu bapa dan guru, maka ketahuilah anda adalah calon manusia gagal di dunia dan di Akhirat.

“Tapi ustaz, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew jadi jutawan walaupun tak sekolah!” kata seorang pelajar merujuk kepada Honda Man, tokoh perniagaan negara yang amat terkenal itu.

“Dia jadi jutawan bukan dengan menggagalkan diri di dalam peperiksaan. Kamu tahu, Mendiang Boon Siew bekerja mengutip tahi babi semasa di usia kamu untuk menyara hidupnya. Ia lebih hebat daripada kesanggupan kamu berjalan kaki ke kelas tambahan di sekolah pada tengah hari yang panas terik di bulan puasa! Itulah SIKAP!” saya menambah.

Nampaknya pelajar-pelajar ini sudah panas. Sudah berani menjawab. Sebuah lagi buku MAGNET DIRI tulisan Amin Idris saya hadiahkan kepadanya.

“Macam mana boleh gagal PMR dan SPM membawa kepada kegagalan di Akhirat, ustaz?” tanya seorang pelajar.

“Dunia ladang Akhirat. Macam yang ustaz sebut tadi, kalau kegagalan peperiksaan itu berpunca daripada sikap atau akhlaq yang buruk, menyakiti hati guru-guru dan ibu bapa yang bersusah payah mahukan kejayaan untuk kamu, itulah dosa yang menjadi saham untuk membeli kerusi di lubuk Neraka!” saya menambah.

Ceramah berlangsung lagi hingga selesai satu jam setengah masa yang diberikan.

Tiada apa-apa resepi kejayaan rahsia yang saya berikan.

Bak kata bapa kepada hero pujaan filem kegemaran saya yang wajahnya mirip-mirip saya:

“There is no secret ingredient, you just have to believe! – Abu Panda”

Selamat menempuh peperiksaan PMR untuk pelajar-pelajar yang menduduki kertas pertama mereka hari ini.

Jika ada soalan yang tidak diketahui jawapannya, tuliskan sahaja WALLAHU A’LAM (Allah lebih mengetahui), pasti betul. Jangan ada pegawai pemeriksa yang memangkahnya. Rosak Aqidah!

Cuma, tiada markahlah… itu sahaja.

Ingat, kejayaan adalah perjalanan, bukan destinasi!

Seeru ‘alaa barakatiLlaah!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Thursday, October 1, 2009

Gud Luck

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2009
7 - 14 OKTOBER 2009.
GOOD LUCK BUAT SEMUA.
STRIKE FOR EXCELLENT
Berusaha,Berdoa dan Bertawakal.



Monday, September 28, 2009

Anak Saudara - An Nisa'


NUR QALESA AMELIA




Nyenyak tido di siang hari, berjaga di malam hari ...

SyuKur ALhamdulillah, seminggu sebelum raya, teman dapat anak sedara lagi... Anak sedara yang ke-4. Bezanya kali ni, seperti yang di doakan, anak sedara teman nie AN-NISA', kalu sebelum nie 3 abang2nye AL-RIJAL... Thank You ALLAH..Syukur Alhamdulillah baby sihat , selamat n sempurna sifatnya....

Cara Buat Blog


BAGAIMANA MEMBINA BLOG




Langkah Pertama



1. Untuk langkah pertama buka laman http://www.blogger.com/

2. Klik pada “create account”

3. Masukkan kata laluan dan password anda (emel anda domain yahoo atau gmail )

4. Namakan blog anda cth : http://leenadawiyah.blogspot.com/

5. Ikuti langkah seterusnya dan pilih tamplate yang anda sukai.





Teknik Menukar Tamplate Yang Menarik


1. Layari laman web yang menawarkan tamplet berformat XML secara percuma.-



2. Pilih tamplate blog yang berformat XML yang anda sukai.


3. Copy kod tersebut.


4. Buka dashboard akaun blog anda.


5. Klik pada layout, kemudiannya klik pada HTML.


6. Kemudian buang kod yang sedia ada dan pastekan HTML yang baru diperolehi.


7. Save dan lihat blog anda yang berwajah baru.p/s: sesetengah blog menawarkan tamplate jenis upload. Oleh itu tamplate tersebut perlu didownload terlebih dahulu dan diupload.


Step yang digunakan adalah sama dengan diatas. Pastikan anda menggunakan perisian mozzila fireworks semasa mendownload.



Contoh web yang menawarkan tamplate berbentuk upload adalah :


1. http://layout4all.blogspot.com/Cara meletakkan shout box

2. Layari http://cbox.ws/?r=4-33848962. Kemudian sign up akaun baru anda

3. Ikuti langkah seperti yang diarahkan

4. Copy kod HTML

5. Kemudian buka laman dashboard anda

6. Klik pada add page element

7. Klik pada HTML

8. Kemudian paste HTML dalam kotak tersbut.

9. Save hasil anda.

10. Kemudian klik view dan lihatlah blog anda sudah mempunyai shout box.



Cara post artikel terbaru.



2. Sign in dengan id anda

3. Kemudian klik new post pada blog anda.

4. Isikan kotak yang tersedia dengan artikel anda.

5. Kemudian tekan publish post.



Lihatlah artikel anda sudah tersiar.Untuk Hiasan Lain anda boleh layari:





4. Hiasan lain : http://photobucket.com/

5. Map of visitor: http://feedjit.com/

6. Shout Box : http://cbox.ws/?r=4-33848967. Widget: http://adiwidget.blogspot.com/


http://sholiheenosman.blogspot.com

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, September 22, 2009

Website Ilmiah

Ramadhan telah pergi.. Semoga Bertemu Lagi . Salam Eidul Fitri, Eid Mubarak.
Dalam tempoh sebulan di bulan Ramadhan, xde kesempatan untuk menulis di dalam blog... Masa lebih banyak di gunakan untuk pelbagai aktiviti dan program, tambahan pula saya lebih suka ketika lapang menghabiskan masa membaca blog2 orang lain berbanding mood untuk menulis di dalam blog sendiri...

Antara website/ Blog yang sangat bermanfaat, ilmiah dan menyentuh hati adalah :

blog Saiful Islam : http://saifulislam.com/
(Penulis Buku AKu Terima Nikahnya, BerCinta Sampai Ke Syurga, Rindu Bau Pohon Tin)

Blog Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim : http://muhdkamil.net/kehidupan/
(Penulis Buku Travelog Haji, Travelog Umrah , Travelog Dakwah)

Untuk isu2 semasa saya suka melayari blog cina Islam
Blog Cina Islam : http://idhamlim.blogspot.com

Bukan untuk promosi tapi sekadar untuk berkongsi .. Jom Layari!!

Sunday, September 20, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan

Ramadhan kini makin di hujung pintu, Jika Allah berkehendak Insya Allah kita kan menemui Ramadhan penuh barokah.Semoga Gelar taqwa Insya Allah akan menjadi milik kita yang berharga sebagai modal langkah kita selanjutnya.
Salah faham, kesedihan, ego, sakti, adalah proses dari kehidupan kita

Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita. Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.

"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..."

teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa perbaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkilau tertimpa cahya mentari...
semoga di masa mendatang terus dianugrahi kebeningan hati...
seperti layaknya telaga Kautsar..

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan dengan semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung maupun tidak langsung ...
Jauh didalam hati yang senantiasa didalam genggaman Allah,

" Marhabban Ya Ramadhan,
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Zahir dan Batin. "

Thursday, September 17, 2009


Wednesday, September 2, 2009

Puasa Jangan X Puasa

12 ditahan makan di tempat awam

Di manakah nilai, tanggungjawab dan maruah seorang MUSLIM!!

KUALA LUMPUR – Terlupa baca niat puasa, demikian alasan yang diberikan seorang lelaki lingkungan 20an yang ditahan bersama seorang rakannya ketika sedang asyik bersarapan nasi lemak dengan teh tarik di sebuah gerai di belakang Kompleks Wilayah, dekat sini, semalam.

Dia di antara 12 yang ditahan kerana tidak menghormati bulan Ramadan. Tanpa segan silu makan, minum, menghisap rokok atau seumpamanya di tempat awam secara terbuka.

Kesemua yang ditahan lingkungan 18 hingga 30 tahun termasuk seorang wanita yang dalam percubaan untuk makan di sebuah medan selera milik sebuah pasar raya terkemuka.

Mereka ini ditahan dalam operasi khas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dijalankan kira-kira jam 10 pagi semalam dan berakhir lima jam kemudian di 45 lokasi tumpuan kaki ponteng puasa di sekitar ibu kota.

Tinjauan Sinar Harian mendapati dapur di sebuah medan selera di Jalan Tunku Abdul Rahman 12 turut dijadikan ‘pusat’ golongan ini di mana terdapat longgokan kotak minuman dan bekas makanan serta puntung rokok.

Pelbagai ragam turut diperlihatkan oleh kaki ponteng. Antaranya ada yang melarikan diri malah terdapat pasangan orang kurang upaya (OKU), cacat penglihatan makan di sebuah restoran. Namun atas nasihat pegawai JAWI, pasangan itu membungkus semula makanan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI, Zainul Abidin Mat Noor berkata, kesemua mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 ke atas mana-mana orang Islam pada waktu bulan Ramadan.

“Kesemua mereka tidak ditangkap atau ditahan tetapi diberikan notis untuk hadir ke pejabat JAWI esok (hari ini) untuk memberi keterangan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan jika didapati telah dua kali melakukan kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah dua kali ganda,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurut Zainul Abidin, pihaknya turut menyita pelbagai barang seperti makanan, minuman untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Katanya, ‘Operasi Tidak Menghormati Bulan Ramadan’ ini dikuatkuasakan serta-merta bermula semalam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Jom Pegi Umrah

UMRAH VISA ZIARAH


SABDA RASULULLAH S.A.W

“Umrah Dalam Bulan Ramadhan Sama Seperti mengerjakan Haji Bersamaku..”



DESTINASI

TEMPOH

TARIKH

HARGA

PENERBANGAN

UMRAH VISA ZIARAH

14 HARI

13 DEC-26 DEC 2009

RM6550

SAUDI AIRLINES

UMRAH VISA ZIARAH

14 HARI

16 DEC-29 DEC 2009

RM6550

SAUDI AIRLINES

UMRAH VISA ZIARAH

14 HARI

20 DEC-02 JAN 2010

RM6550

SAUDI AIRLINES

UMRAH VISA ZIARAH

14 HARI

23 DEC-05 JAN 2010

RM6550

SAUDI AIRLINES


::KEISTIMEWAAN::


  • Penginapan berhampiran masjid
  • Makanan selere Melayu
  • Kursus Umrah sebelum berangkat
  • Bimbingan Ustaz sepanjang masa
  • Umrah 7 kali
  • Beg sandang
  • Ziarah tempat penting di Mekah
  • Ziarah tempat penting di Madinah
  • Air zam zam
  • Buku panduan
  • Lawatan tambahan
  • Kilang cetak Al-Quran
  • Kilang tenun kelambu Kaabah
  • Muzium Dua Tanah Suci
  • Ladang ternakan unta
  • Masjid Terapung Al-Rahmah

v Penginapan Berhampiran Masjid

v Kursus Umrah Sebelum Berangkat

v Umrah 7 kali

v Ziarah Tempat Penting Di Mekah

v Air Zam-Zam


::LAWATAN TAMBAHAN:


Al-Ula

Taif

Mada Salleh




PROMOSI MELANCONG


Dari hanya RM1250 ANDA boleh melancong di


JAKARTA / BANDUNG 8-11 OKTOBER 2009

GUANGZHOU (Memborong diCanton Fair) 22-26 OKTOBER 2009

SABAH 10-13 DISEMBER 2009

BANJAMASIN 17-20 DISEMBER 2009


Jika Anda Berminat Sila Hubungi:

Leen : 013 5077466
(Agen Darul Mubarak T&T)