Monday, December 14, 2009


Doa pengamalan harian...



Ya Alah ya Affuw Yang Mana Pemaaf, Ya Ghafur Yang Maha Pengampun, Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat, maafkan, ampuni dan terimalah taubat kami yang sentiasa merasa bangga dengan amalan kami padahal dosa dosa kami bagai lautan tak kami sedari,hanya rahmatMu ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang akan menyelamatkan kami kerana manusia selalu lalai dan lupa kepadaMu sedangkan Engkau tidak pernah lupa, Kau Ya Roqib sentiasa mengawasi kami dan Engkau Ya Muhsyi Yang Maha Menghitung sentiasa menghitung setiap perbuatan kami, janganlah Kau menghukum kami ya Allah Ya Muntaqim Yang Maha Menyiksa kerana siksaanMu terlalu keras dan kami tak akan sanggup menghadapi nerakaMu yang siksaan paling ringan apabila menggelegak otak manusia apabila dipakaikan seliper neraka.
Bangkitlah sahabatku dengan bantuan ya Basith ya maha membangkitkan semangat. Serahkan dirimu untuk diagendakan oleh ya Bari’ yang maha mengatur agenda manusia. Terangi jiwamu dengan AnnUr Allah agar mampu melihat petunjuk dari ya Haaadi yang maha memberi hidayah dan petunjuk agar diri sentiasa berada diatas orbit ihsan-iman-islam.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Rahmatilah ibuku serta semua ahli keluarganya yang tercinta..satukanlah kami di syurga. Janganlah Kau pisahkan kami ya Allah, Ya Allah semoga kejayaan yang Kua berikan kepada hambaMu akan menjadikannya hampa lebih bersyukur..ya Allah Ya Wahhab, berilah kamu kejayaan dunia dan akhirat..amin ya Robbal Alamin.
Ya Allah Ya Rahman ya Rahim,alirkan rasa kasih sayang sesama kami kerana kami ingin menyintai kebenaran dan berbuat baik di jalanMu,wahai sebaik-baik pemberi ganjaran, berkatilah setiap kebaikan kami sebagai ‘ibadah’, rahmatilah kami semua dengan syurgaMu. Ya Wasi’. Limpahi kami dengan kurniaan Mu yang meluas kemudahan dan kesenangan dunia kerana kami akan meninggikan syiarMu. Makbulkan lah sega doa-doa dan hajat kami, berkati hidup kami semua agar sentiasa dalam ihsan-iman-islam, Jadikanlah amal kami cahaya,di hari pertemuan denganMu Ya Allah. Ya Allah Ya ‘Aliy yang Maha Tinggi, tinggikanlah darjat kami di sisiMu dan kumpulkan kami juga bersama seluruh insan yang kami sayangi bersama kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh AbidMu dan orang-orang yang mendapat kecintaanMu serta pejuangMu. PadaMu kami berserah dan bakal kembali.'

No comments: