Wednesday, December 30, 2009

Syahidah Hijab

Kisah seorang Syahidah Hijab?

Kisah bermula pada tahun lepas (2008), seorang muslimah warganegara Mesir, Dr Marwah al-Syarbini (32 tahun) membawa anak lelakinya Mustafa (3 tahun) ke sebuah taman permainan kanak-kanak di bandar Dresden. Di situ terdapat seorang lelaki warganegara German berbangsa Rusia dikenali sebagai Alex (28 tahun). Marwah meminta lelaki itu agar meninggalkan buai untuk memberi peluang kepada anaknya bermain. Lelaki tersebut bukan sahaja tidak mengendahkan permintaan Marwah, sebaliknya telah memaki hamun dan menuduhnya pengganas kerana memakai pakaian menutup aurat.



Demi mempertahankan maruah dan tuntutan agamanya, Maruah membuat pengaduan di Mahkamah. Mahkamah memerintahkan lelaki tersebut membayar denda kepada Marwah sebanyak 750 Euro. Lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dan meminta diulang bicara.

Pada hari yang ditetapkan, hari Rabu lepas (1 July) Marwah datang ke mahkamah untuk perpicaraan. Namun lelaki itu telah menunggunya dengan sebilau pisau, lantas menikamnya bertubi-tubi. Suaminya yang menyaksikan serangan itu cuba menghalang. Tetapi dia sendiri turut terkena tikaman. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba dan segera melepaskan tembakan. Malang sekali lagi, yang tertembak adalah suami Marwah, Dr Muhammad ‘Ukaz. Dengan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Sejarah Islam


Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata : "Waa Mu'tasimah!'. Mu'tasimah yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.



Umat Islam kini, apa yang dibuat? Tiada liputan besar-besaran dibuat untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet. Sebaliknya media hanya mementingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Sedunia dicadangkan bagi mengenang Marwa Al-Sharbini. Usul ini dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abber Pharoan melalui Islamonline. Beliau mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan Hari Hijab Sedunia," kata Abeer.



Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengebumian. Walaupun beliau tidak sepopular artis Micheal Jacson, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Sumber :
Nik Nasri Malek (Kemaman - FIKRAH Harakah respons m/s F11)

No comments: