Monday, December 29, 2008

Sua RaSa Vs Jom HeBoh

Sua RaSa Vs Jom HeBoh

Sua Rasa pada mulanya diperkenalkan dengan nama 'Perkampungan Hadhari', Kemudiannya diubah nama menjadi Sua Rasa dengan format program yang sama kecuali "Islam Hadhari". Mungkin nama tu dah x relevan. Sua Rasa TV9 berkunjung ke Ipoh pada 27 & 28 Disember 2008. Bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh.


Pelbagai gerai jualan keluaran produk Muslim diperkenalkan, Pameran infomasi serta program menarik yg dianjurkan oleh tv9. Beberapa rakaman tv secara langsung seperti Nasi Lemak Kopi O dan Halaqah dilakukan disana.


Ruangan pameran Al-Risalah menjadi tumpuan utama kerana disana ada dipamerkan beberapa kesan tinggalan sejarah Islam seperti Pedang Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidina Ali serta Al-Quran tulisan tangan dan juga beberapa barangan lain.
Teman begitu teruja melihat sendiri kesan2 tinggalan sejarah tersebut..




Penganjuran
Sua Rasa yang buat julung kalinya berada di Ipoh mendapat kerjasama erat kerajaan negeri Perak. Acara ini juga menjadi medan kerajaan negeri memperkenalkan beberapa agenda kerajaan termasuklah pelancongan dan pertanian. Program pagi Nasi Lemak Kopi O digunakan sepenuhnya untuk membantu memperkenalkan dan mempromosikan lagi industri pelancongan di Perak.YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar beserta isteri turut diberi peluang muncul sepenuhnya untuk menerangkan lebih lanjut tentang perancangan kerajaan negeri Perak didalam rancangan Nasi Lemak Kopi O yang dihostkan oleh Aziz Desa.

Pada malam pertamanya, acara bermula deng
an solat Maghrib berjemaah serta bacaan Al-Quran oleh juara Akedemi Al-Quran serta persembahan nasyid oleh peserta Akademi Nasyid.
Pada malam kedua pula diadakan siaran langsung program Halaqah. Walaupun hujan lebat tetapi
mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.

Berbeza sekali dengan program JOM HEBOH yang dipenuhi dengan program2 maksiat seperti yang telah dinyatakan oleh Dato' Mufti Perak.
Teman bersyukur berada di Bumi Perak...



Friday, December 26, 2008

SaLam MaaL HijRaH 1430

JoM BerHijRaH..

Hari pertama dalam takwim Islam dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Daripada peristiwa itu bermulanya syiar Islam ke segala pelosok dunia dan meletakkan kejayaan Islam sehingga 3/4 dunia. Maka, Muharam merupakan bulan pertama dalam Islam dikira mulai tahun pertama hijrah. Kini umat Islam memasuki tahun hijrah ke 1430. Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy kepada golongan Mukmin. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat kedua, 17 daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Daripada Aishah katanya,
"Rasulullah ditanya orang mengenai Hijrah. Maka bersabda Rasulullah: Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Makkah. Yang ada ialah jihad dan niat yang sahih. Apabila kamu diperintahkan berjihad maka patuhilah".
(Sahih Muslim)


I wish you a blessed Maal Hijrah.

Diiringi doa semoga dikurniakan Allah iman yang semakin bertambah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang terbaik, keluasan rezeki yang halal, kecukupan dari segala keperluan, ketenangan hakiki, rahmat & barakah yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Semoga kita sentiasa dalam taufik, hidayah, perlindungan & pemeliharaan Allah SWT. Ameen Ya Rabbal Aa’lamin.

“Kejayaan sebenar berada di depan mata dan samar-samar untuk dimengertikan dan sukar dicari tanpa ilmu dan pengalaman. Ia milik orang yang sabar, tekun, amanah dan penuh doa setelah bertungkus lumus berusaha dalam mengejar matlamat.”

Aku & Maal HijRah

Berhijrah ? Tahun 2007 aku kena berhijrah tempat kerja .. Hati memang berat.. Banyak perkara yang perluku lepaskan dan korbankan.. Baru sedikit ujianku berbanding dengan pengorbanan penghijrahan Rasulullah dan pengikutnya.. Hijrah satu perjuangan , hijrah satu pengorbanan. Hidup perlukan pengorbanan .. Ada hikmah dan rahmatnya.. banyak perkara baru yang aku pelajari dan menambahkan lagi pengalaman hidupku ... Aku mula belajar utk menghargai apa jua yg ada disekelilingku.. Berhijrah kepada kebaikan.. Jom Berubah...

Alhamdulillah syukur kehadrat ILLAHI kerana aku masih lagi menjadi penghuni bumi ALLAH ini. Bumi berputar tanpa henti, Masa terus berlalu, tanpa disedari tempoh setahun lagi telah ku tempuhi... Aku termenung seketika bila diajukan oleh seorang sahabat apa azam tahun baru ? Aku mula muhasabah diri .. Dalam tempoh setahun yg Allah berikan kepada ku.. Adakah aku telah gunakan sebaik mungkin... Banyak yang aku perlu lakukan ... Banyak perkara yang aku perlu laksanakan... banyak yang aku perlu pelajari...

Aku terus berazam utk menjadi Hamba Allah yang Solehah.. Aku berdoa agar dipermudahkan untuk menjadi tetamu istimewa ALLAH di tanah suci Mekah Mukarramah.. Menjadi Khalifah yang terbaik dimuka bumi ini, ''Sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain", dan memperbaiki hubungan aku semasa manusia...

Aku Bermohon agar ALLAH memberi semangat,
kekuatan dan kesabaran buat diriku
dalam menghadapi apa jua ujian
cabaran dan dugaan yang mendatang...
Ya ALLAH pimpinlah hambamu ini &
permudahkanlah segala urusan ku... Amin.


Nasihat Hidup Bahagia


Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah Qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah Al-Quran mnjadi brg simpanannya.
Barangsiapa yg TIDAK CUKUP dgn keempat2 hal ini,
cukuplah NERAKA baginya.

Thursday, December 25, 2008

FeStiVaL Nasyid Nisa' 2008

Jom BerNasYiD

Buat julung2 kalinya Nisa' Gopeng dengan kerjasama Islamic Student Club (UniKL -RCMP ) telah menganjurkan Festival Nasyid Nisa 2008 pada 19 Disember 2008 bertempat di Multipurpose Hall UniKL-RCMP . Antara objektif program ini adalah merialisasikan remaja muslim yang mencintai islam dan berakhlak melalui hiburan yang berlandaskan syariat. Ia juga memberi peluang kepada muslimat menunjukkan bakat dan kebolehan mereka disamping memberi hiburan alternatif kepada masyarakat.

Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah, pelajar kolej perubatan diraja dan nisa' zon bandaraya yang memeriahkan lagi festival nasyid ini.

Kumpulan Nasyid Jemputan Muslimin dari Kolej Perubatan diRaja, Kumpulan Sufi telah menghiburkan para hadiran sementara menunggu keputusan dari hakim.

Majlis Perasmian Pembukaan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil pimpinan Nisa' Perak . Tahniah kepada Nisa' Gopeng dan Islamic Student Club serta semua Jawatankuasa Pelaksa Program kerana telah berjaya menganjurkan Festival Nasyid ini. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. SYABAS DAN TAHNIAH !


Tuesday, December 23, 2008

Nisa' Indoor Games

Jom Main Permainan tradisional...


Alhhamdulillah Nisa’ Indoor Games 2008 Peringkat Negeri Perak telah berjaya diadakan pada 21 Disember 2008 di Kawasan Berbumbung Taman Dr. Seenivasagam Ipoh Perak. Nisa' Games ini diadakan bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah gaya hidup sihat dan menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional yang semakin lupus ditelan zaman. Selain itu program ini dapat mengeratkan hubungan siraturahim antara ahli-ahli Nisa' seluruh perak dan masyarakat sekeliling.


Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan yang disertai oleh seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Antara acara tersebut ialah Catur, Dam Haji "Gergasi", Dam Ular "Gergasi", Karom, Batu Seremban, Ceper dan Congkak.

Kesemua Acara mendapat sambutan hangat dan permainan Dam Ular “Gergasi” dan Dam Haji "Gergasi" berjaya menarik perhatian orang ramai.

Nisa' Games ini telah berakhir dengan ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal terima kasih kerana mangambil bahagian dan cuba lagi dilain masa..Alhamdulillah, cuaca yang baik pada hari itu telah melancarkan perjalanan karnival tersebut. SYABAS DAN TAHNIAH NISA' PERAK !


Monday, December 22, 2008

Survey Tempat

Jom Mendaki Bukit Kledang

Kami menaiki anak tangga yang agak curam dan kecil. Menggigil kepala lutut

Alhamdulillah, cuaca pagi nie sangat baik. Teman dan kekawan udah lama merancang nak pergi ke Bukit Keledang. dah dua tiga kali tertunda..kami nak berjoging dan dalam masa yang sama nak survey tempat... Belum sampai stesen pertama, dah berpeluh2.. kalu pergi jongging kat padang polo.. idak le berpeluh macam nie... Sebelum nie pon dah pergi dua tiga kali ngan kekawan sekolah, tapi sampai 4 stesen je, tapi hari nie gi ngan geng2 nisa' ipoh timur .. hampir nak sampai kemuncak, dekat2 dengan taman yang ada kat bukit klebang tu... Kami pon mencari lokasi dan check point yang sesuai. Cadang nak buat program explorace utk nisa' kat kawasan teman, tempat nie sangat sesuai untuk remaja berekreasi dan lakukan aktiviti lasak dan mencabar..

(1) anak sungai yg jernih (2) Di belakang kami ada ala2 air terjun (3)Senaman refleksologi di stesen ke-4

Rasa tenang je.. Kiri kanan dikelilingi tumbuhan hijau ciptaan ILLAHI.. Udara yg segar dan nyaman.. bunyian air yg mengalir dr anak sungai.. Sejuknye air.. hilang rasa penat mendaki..Best.. rugi kalu x pegi... Yang paling menyeronokan setiap stesen perhentian kami.. kami bersembang dengan pendaki2 yang lain, berbilang bangsa.. Kami perhatikan ramai dkalangan kaum tionghoa yang rajin mendaki di sini bersama keluarga dan kekawan mereka.. Segelintir sahaja dari kaumku. Kami beramah mesra sebentar dengan mereka .. Kami kagum dengan semangat mereka, walaupn umor udah melebihi separuh abad, tapi mereka sangat bertenaga.. Seorang guru pencen menyapa dan bg nasihat dan semangat kat kami semua supaya jaga kesihatan dan selalu le bersenam kerana kata beliau, kalu badan sihat, mudah utk beribadah dan melaksanakan kerja2 yang berfaedah... badan sihat otak cergas...
So kalu nak awet muda .. datang le selalu kat sini...

Wednesday, December 10, 2008

Best Frenz Kawen juga Akhirnya

Selamat Pengantin Baru Sue & Lan

Tahniah2 teman ucapkan pada best frenz teman nie, Sue...
Dulu kami 4 sekawan nie bekerja di satu bumbung yg sama..
Segala pengalaman pahit manis diharungi bersama..
Seronok kawan dgn diorang nie... susah senang bersama..
Sue nie mmg pakar memasak.. sebut je nak makan apa...
teman nie pakar rasa je.. hehe..
Alhamdulillah pasangan bak pinang dibelah dua nie
selamat diijabkabulkan pada 21 N0v 2008 dan
majlis kenduri kendaranya pada 23 Nov 2008 di Parit Buntaq...
Selamat Pengantin Baru..
Semoga Berbahagia selalu dan mendapat kebahagian
dunia n akhirat ...
lepas nie kita tunggu gerabak yg seterusnya.....
sape le agaknye.. tungguuuu ...
Insyallah, Ada jodoh x kemana..
So Dont Worry .. be Happy...


Gambo masa pakai baju Nikah

Nie masa kenduri kawen
Kami datang nak ambik berkat pengantin baru
4 sekawan - best frenz 4ever

Tuesday, December 9, 2008

MuQaDimah

Assalamualaikum w.b.t
& Salam Perpaduan

Alhamdulillah, syukur kehadrat ILLAHI, kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga le teman buat blog sulong teman nie... Udah lama nak buatnye, asyik sibuk je (bagi alasan pd diri sendiri). Kengkawan asyik tanye je alamat blog teman, tengok depa punya canggih2.. jelous le pulak ... Cuti2 sekolah nie lapangle sikit.. so teman buat le sikit-sikit.. ala kadar je dulu.. Boleh le bagi komen untuk penambahbaikan...