PPSMI
Rentetan pelaksanaan PPSMI
19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengahJanuari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.
Sumber : demokrasi93.blogpspot.com
Komen peribadi :
1. Teman Setuju dengan keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah pelbagai kajian , perbincangan dengan pakar akademik, pakar bahasa telah dilakukan, demonstrasi menterjemahkan kehendak dan luahan hati rakyat. Apa jua dasar yang ingin dilaksanakan perlu ada perancangan yang teliti oleh pakar dan "AHLINYA" supaya tidak berlaku lagi kesilapan yang memberi kesan kepada masyarakat secara amnya.
2. Tempoh perlaksanaan agak lama. Kena menunggu 3 tahun baru nak dilaksanakan. Lama tu...
Kalau boleh teman nak mula ngajo tahun depan je... udah xsabo rasanye nak cakap Perak nie...
3. Lagi satu, bagi temanle kalu kita nak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kerajaan patut mewajibkan di semua sekolah tidak kira di SK, SJK(C) atau SJK(T) , sekolah swasta perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Sebagai rakyat malaysia, kita perlu jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan bukan bahasa kelas kedua yang dipinggirkan.
No comments:
Post a Comment