Sunday, July 26, 2009

Syahidah Marwa al-Sharbini Pahlawan Jilbab

Syahidah Marwa al-Sharbini
Pahlawan Jilbab



Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.


Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “
Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu.

Wednesday, July 15, 2009

Menguji Iman Melalui Peristiwa Isra’ Mikraj

Menguji Iman Melalui Peristiwa Isra’ Mikraj



Pada setiap tanggal 27 Rejab tiba , kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa , yang terjadi sejak 15 abad yang silam, iaitu peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. di waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha. ,peristiwa ini lebih dikenali dalam masyarakat kita hari ini iaitu ‘ Peristiwa Isra’ dan Mikraj”.

Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun sentiasa mendapat tentangan serta penganyaian dari kaumnya. Baginda tetap bersabar dan tabah menghadapinya, baginda tidak bertindak balas terhadap penganyaian tersebut, malahan baginda mendoakan kaumnya agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. dengan doanya seperti berikut :

اللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِيْ فَإِنَّهُمْ لاَيَعْلَمُوْنَ


Yang Bermaksud : “ Wahai Tuhanku! Berikanlah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui

Hebatnya peristiwa ini sehingga mengundang sebahagian dari kaum Muslimin setiap pelusuk negara kita memperingatinya dengan mengadakan pelbagai kegiatan khususnya di masjid-masjid, surau-surau, sekolah atau pusat pengajian tinggi dan sebagainya semata-mata untuk meraikan sambutan peristiwa bersejarah ini sehingga semangat ini terbawa-bawa walaupun bulan Rejab telah berlalu.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj terjadi Cuma sekali sepanjang sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Satu setengah tahun sebelum berhijrah ke Madinah perkara yang berlaku ini terjadi kepada diri seorang manusia maksum dan sungguh luarbiasa sehingga tidak semua orang meyakini kebenarannya , kecuali orang yang benar -benar beriman, yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t.

Bagi orang yang beriman kepada keesaan Allah dan hari Kiamat, ia menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah, diterima kerana merupakan satu perkara yang logik, apatah lagi peristiwa itu dihubungkan sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada masalah yang perlu diragui. Yang jelas kebenaran peristiwa ini tidak mesti sesuai dengan hukum alam dan logik akal manusia, tanpa juga mempercayai secara jasad dan roh, kecuali setelah diperoleh bekas-bekas yang nyata dari peristiwa tersebut. Kita juga mesti beriman dengan Isra’ dan Mikraj iaitu ada perintah kewajipan menunaikan solat lima waktu. Kewajipan inilah yang menjadi pokok keimanan dan hendaklah dikerjakan bersungguh-sungguh serta tidak meninggalkannya.

Semasa perjalanan Nabi Muhammad bersama Jibril menuju ke Sidratul Muntaha mereka bertemu dengan para nabi terdahulu di setiap langit seperti Nabi Adam, Nabi Yahya dan Nabi Isa, Nabi Yusuf dan Nabi Idris alaihima salaam, Nabi Harun , Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Kemudian meneruskan perjalanan sampai ke suatu tempat yang bernama ‘Sidratul Munhata’ iaitu suatu kumpulan bintang -bintang terakhir dan tertinggi , letaknya sangat jauh di luar ‘ susunan tujuh langit’ yang disebut tadi, kemudian meneruskan perjalanan lagi ke suatu tempat bernama ‘Baitul Makmur’ suatu kumpulan bintang sesudah Sidaris ( Sidratul Muntaha).Di tempat inilah Nabi Muhammad menerima perintah wajib solat yang pada mulanya perintah itu sebanyak 50 kali sehari semalam. Tetapi atas nasihat Nabi Musa, Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar dikurangkan , kerana beliau khuatir kalau-kalau umatnya tidak mampu melaksanakannya kelak. Allah s.w.t. mengurangkan sampai 5 kali sehari semalam.

Hikmah dan tujuan utama peristiwa Isra’ dan mikraj adalah agar umat Islam mewujudkan hubungan dengan Allah yang juga disebut dengan istilah ‘Solat”, sebagai suatu ibadah utama yang wajib dikerjakan 5 kali sehari semalam, sesuai dengan tata cara dan tata tertib yang digariskan oleh Rasulluh s.a.w. pada masa hayatnya yang diterima secara langsung bukan sebagaimana biasa melalui wahyu.

Ia juga sebagai memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, dimana waktu itu bangsa Arab masih banyak yang mengingkari kebenaran ajaran Allah yang disampaikan nabi untuk , menjelaskan kejadian in adalah suatu pekerjaan yang berat supaya mereka dapat meyakini dam mengerjakannya secara ikhlas, semestinya keadaan itu disertai dengan peristiwa luar biasa yang disebut sebagai mukjizat.

Antara sebahagian kejadian yang ditunjukkan kepada nabi dimana semasa baginda manjalani peristiwa ini, manusia diazab dengan cara memotong lidah sendiri kerana dosa yang dilakukan semasa hidup didunia disebabkan terlalu suka mengumpat, mencela dan mencaci orang lain, Rasulullah juga ditunjukkan bagaimana seorang yang mengangkat kayu api walaupun dia sudah tidak mampu memikulnya dia masih menambah beban itu sehingga membinasakan dirinya sendiri. Keadaan ini tidak terkecuali masih terjadi dalam masyarakat kita dengan menerima bebanan amanah sedangkan mereka sudah tidak mampu memikulnya. Begitu juga diperlihatkan kepada beliau terhadap mereka yang mengingkari, serta tidak mahu melaksanakan sembahyang dengan dirantai dengan besi yang dinyalakan api melingkari tubuh mereka dan betapa siksanya mereka ketika itu.

Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi nabi s.a.w. mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan….

Betapa pentingnya sembahyang di dalam kehidupan seseorang Muslim , maka marilah kita tanamkan pendidikan Islam secara umum dam pendidikan agama secara khusus kepada anak-anak kita . Kita mesti ada perancangan terutama yang berkaitan masa depan anak-anak dengan dibekalkan mereka dengan pengajaran agama, supaya nanti mereka tidak lupa dan salah faham mengenai agama Islam, tidak lagi yang tidak tahu Rukun Islam dan Rukun Iman dan ia akan menyedarkan mereka untuk menguasai seluruh kehidupan dengan amalan baikdan sempurna.

Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia.

Dipetik dari ‘Khutbah Jumaat khas sempena Isra’ dan Mikraj bertajuk menguji iman melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj terbitan JAIS

Sebagai umat nabi Muhammad, kita hendaklah menghayati peristiwa penting ini dengan menjadikan pengajaran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang teguh berpegang dengan perinsip-perinsip Islam yang digambarkan melalui peristiwa tersebut. Maka bagi umat Islam meyakini berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj pada diri Rasulullah s.a.w. itu hukumnya adalah wajib tidak boleh diragukan sama sekali kerana nasnya disebut di dalam al-Quran secara jelas. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 1 :


Maksudnya : “ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palastin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”.

Saturday, July 11, 2009

Pesanan Luqman Al-Hakim

Pesanan Luqman Al-Hakim kpd anak2nya


Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.

Zaman Berubah

ZAMAN SUDAH BERUBAH

BAS SEKOLAH DI JEPUN

PERKHIDMATAN INTERNET


BAS SEKOLAH DI *****

Penawar Penyakit

AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 Hari

2. Gastrik - 10 hari

3. Diabetes – 30 hari

4. Sembelit – 10 hari

5. Kanser – 180 hari

6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Email : baha asri
Sumber http://www.terataionline.net

* Sebenarnya minum selepas bangun dari tidur adalah sunnah nabi, cuma umatnya je yang terlepas pandang hikmahnya. Kajian saintifik yang dilakukan telah membuktikan bahawa amalan nie membawa seribu kebaikan..

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

PPSMI


Rentetan pelaksanaan PPSMI

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengahJanuari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.
Sumber : demokrasi93.blogpspot.com

Komen peribadi :


1. Teman Setuju dengan keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah pelbagai kajian , perbincangan dengan pakar akademik, pakar bahasa telah dilakukan, demonstrasi menterjemahkan kehendak dan luahan hati rakyat. Apa jua dasar yang ingin dilaksanakan perlu ada perancangan yang teliti oleh pakar dan "AHLINYA" supaya tidak berlaku lagi kesilapan yang memberi kesan kepada masyarakat secara amnya.

2. Tempoh perlaksanaan agak lama. Kena menunggu 3 tahun baru nak dilaksanakan. Lama tu...
Kalau boleh teman nak mula ngajo tahun depan je... udah xsabo rasanye nak cakap Perak nie...

3. Lagi satu, bagi temanle kalu kita nak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kerajaan patut mewajibkan di semua sekolah tidak kira di SK, SJK(C) atau SJK(T) , sekolah swasta perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Sebagai rakyat malaysia, kita perlu jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan bukan bahasa kelas kedua yang dipinggirkan.

Saturday, July 4, 2009

Sabah Oh Sabah

Sabah Oh Sabah
Aku menjejakkan kaki ke Sabah buat kali ke-2 sempena penikahan Adik lelakiku ngan adik iparku yang berasal Lahat Datu Sabah. Tak pernah termimpi nak ke sana lagi. Kali pertama tahun 2002, sampai ke Kota Kinabalu, pengalaman bekerja ngan IDWAL SYSTEMS SDN. BHD. Dari KLIA, perjalanan mengambil masa 2 jam 45 min ke Airport Tawau. Jakarta lagi dekat, 2 jam perjalanan je, Dari Tawau ke Lahat Datu mengambil masa 2 jam walaupn jaraknya dalm 90 km tetapi memandangkan tiada highway dan satu sahaja jalan utama. Perjalanan yg agak memenatkan. Apabila sampai di bandar Lahat Datu, aku lihat suasananya seperti zaman 80an-90an. Pekan kecil yg baru nak membangun..

Rumah nenek pengantin.. Kampung Air.

Majlis akad nikah dan kenduri diadakan di rumah nenek pengantin di Kampung Rumah Air, dimana air akan pasang sebelah petang apabila waktu bulan penuh.. Mereka agak kuat dengan adatnya dan Adat mereka agak berbeza dengan kita... Hubungan kekeluargaan masih lagi rapat dan mesra, Kenduri dilakukan secara gotong royong walaupn dalam serba kekurangan.
Alhamdulillah 90% masyarakat di sini beragama Islam dan berketurunan Bajau.. Cuma aktiviti agama agak kurang kelihatan. Cabaran hebat buat pendakwah di sini.

Tak sangka kat sini pon ada kompang, tapi dendangan lagunya agak berbeza.

Dari pemerhatianku, bekalan air ke rumah masih lagi tidak sampai ke kg ini. Mereka membeli air dari jiran yang membekalkan tong air. AKu juga terfikir bagaimana mereka nak menyediakan makanan dalam keadaan sebegini. Kebanyakan rumah di sini ada ASTRO kerana mereka hanya menerima siaran RTM, tv1 dan tv2 sahaja . Telah lama kita merdeka, sepatutnya kemudahan asas seperti air patut disediakan oleh pemerintah begitu juga dengan kemudahan pengangkutan seperti bas dan jalan raya perlu dinaiktaraf dan diperbanyakan. Negeri yang kaya dengan sumber minyak tetapi hasilnya tidak diterima oleh rakyat disemua peringkat. Di sekitar tempat penginapanku di pekan Lahat Datu, apa yang aku perhatikan, mmg ramai pendatang dari Myammar, dan ada juga aku lihat kanak2 berkeliaran menjual rokok seludup. Mmg murah, xperlu bayar cukai. Ada juga kanak-kanak yang tidak bersekolah , kerana menolong ibu bapa mereka mencari rezeki. Kesian sungguh. Kerajaan perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan, mengambil berat dan membela nasib mereka sebagai peribumi rakyat Sabah yang perlukan pendidikan akademik dan pendidikan agama.

Air akan pasang apabila waktu petang menjelma

Kami hanya sempat singgah ke Semporna, di Pulau Penyu. Dekat jugale dengan Pulau Sipadan. Kami membeli mutiara di sini. Tak banyak pilihan, hanya sebuah kedai je yg jual mutiara. Harganya pon boleh tahan le, idak le murah sangat. Nak tak nak beli jugakle... buat buah tangan dan kenang-kenangan. Pakcik adik iparku offer nak tukar ke Lahat Datu ke? dia boleh uruskan.. Dengan senyum2 kambing, aku menjawab, boleh juga... Jauh berjalan luas pandangan, ramai kenalan... apa salahnya bertukar angin...

Anak sedaraku.. Seronoknya dia....

Terima kasih kepada keluarga pengantin perempuan kerana bersusah payah mengangkut kami sekeluarga, membawa ke hulu ke hilir. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Jom ke Ipoh pulak...

Friday, July 3, 2009

Travelog UmrahKu

Travelog UmrahKu


Setiap kali memulakan penulisan, saya sering terbayang bagaimana pandangan khalayak pembaca kepada apa yang ingin saya sampaikan. Soal riyak, takbur, sombong dan angkuh sering menjadi pertimbangan yang menyukarkan keinginan untuk memulakan penulisan baru.

Saya sangat berhati-hati dengan perasaan dalaman ini kerana ia isu besar yang mahu dilontar jauh-jauh agar bila dipanggil pulang mengadap dia yang maha berkuasa, saya dapat melepasi titian sirat tanpa halangan. Saya mohon keampunan Allah agar apa yang ditulis menjadi satu ibadat yang diterimanya.

Mudah-mudahan juga, ia boleh memberi manfaat kepada khalayak pembaca.

Seorang teman mengingatkan saya: ”umrah yang dilaksanakan secara berulang-kali hanyalah sunat, berjihad di jalan Allah hukumnya wajib. Berjihad itu pula bukan semata-mata pergi berperang tetapi memerlukan pengorbanan harta benda. Ibadat umrah juga sering membentuk perasaan riyak apabila ia dinyata-nyata dengan penuh perasaan bangga”.

Ia satu ingatan. Saya juga memandang serius kenyataan tersebut. Kebanggaan melakukan ibadat umrah secara berulang-kali mungkin ada benarnya akan membawa kepada perasaan lain yang paling disukai oleh syaitan dan pengikut-pengikutnya, iaitu melakukan amal ibadat bukan semata-mata kerana Allah. Namun, penghakiman akhir akan terletak pada niat sebenar insan tersebut. Keikhlasan beribadat kepada Allah bukan hak individu lain membuat penilaian.

Apa yang terniat jauh di hati nurani tiada siapa yang mampu menduga. Benar, bijak pandai ada berfalsafah: ”Benar bagi kita, salah bagi orang, kita bergurau, orang kata mengutuk, kita memberitahu, orang kata menunjuk”.



Sepanjang pengalamanku di di sana. Ada beberapa perkara yang inginku kongsi bersama buat panduan semua.
1. Persediaan dan Penghayatan. Aku akui, aku kurang membuat persiapan dan persediaan utk mengerjakan umrah. Hanya Berbekalkan keinginan ke sana semata-mata dan kursus Umrah ringkas yang aku hadiri dijadikan bekalan untuk aku ke sana. Kehidupanku yang sangat sibuk dengan urusan dunia, urusan kerja dan urusan keluarga, itu antara alasan yang kuberikan.. Aku mula study sepanjang perjalananku di sana. Ibadah dan amalan pun kurang. Berbanding dengan rakan2 lain terutama rakan sebilikku yang penuh dengan persediaan dan penghayatan. Solat hajat dan doa yang tidak putus sebelum berangkat. Membaca kisah sirah2 nabi , perjuangan dan pengorbanan nabi serta tempat2 bersejarah yang ada di sana. Aku banyak belajar dan menuntut ilmu daripada mereka. ALLAH mempermudahkan urusan mereka terutama ketika menuju ke Raudhah dan ditempat yang terdapat ramai jemaah.

2. Hati dan kata-kata perlu di jaga.
Seperti yang kita ketahui, Mekah dan Madinah adalah bumi barakah. Tersilap kata buruk padahnya. Pengalaman kusendiri, tidak sengaja, aku mengatakan cuaca ari nie panas. Kawanku menegur, baru aku tersedar. Mmg panas sungguh, sehinggakan air di dalam bilik air pon terasa panas. Aku segera beristigfar.. Ada juga yang terkena muntah pak Arab ketika mengerjakan umrah, kerana terlepas cakap dengan mengata org arab. begitu juga seorang kawan menceritakan, kawannya tersesat di masjidil haram kerana mengatakan dia serba serbi tahun di dalamnya kerana sebelum nie dah pernah pergi. ALLAH mendidik hambaNya agar menjaga hati dan kata-kata. Moga-moga kita istiqamah dalam mendidik hati dan lidah walau dimana jua kita berada.
3. Tips Membeli Belah
Kalu berkunjung ke Madinah dan Mekah, tidak lengkap kalu tidak membeli barang2 sebagai buah tangan balik ke Malaysia nanti. Berkenaan dengan tukar matawang riyal. Lebih menguntungkan kalu kita tukar RM kepada Riyal di Madinah atau d Mekah berbanding di Malaysia. Nak tukar sikit di Malaysia bolehle. RM100 = 102 riyal. DiMadinah dan di Mekah RM100 = RM105.
Kalu nak membeli buah kurma, buah tin dan seumpama dengannya, coklat dan gula-gula lebih baik beli di Madinah. Harga lebih murah, terutama kalu melawat ladang kurma ataupun di kaki bukit , bukit uhud.
Nak membeli Jubah-jubah lelaki dan perempuan, di Mekah lebih murah. Kalu bersetuju dengan harga yang diberikan, kita akan cakap halal. Kalu nk tawar menawar, kita sebut akhir kalam dan sebutkan harga yang kita nak tawarkan. Kebanyakannya pandai berbahasa melayu dan inggeris jd agak mudah untuk urusan jual beli.. Lagi satu yang penting jangan sekali2 pergi membeli belah seorang diri walaupn berdekatan dengan hotel anda. Awas !!! Anda mungkin akan diganggu oleh pak Arab. Teman udah serik...

Wednesday, July 1, 2009

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 6

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 6


Sedar tak sedar, tiba masa untuk kami meninggalkan kota suci mekah, rasanya baru semalam kami tiba. Cepatnya masa berlalu... tak sangka kami sudah berada di sini 7 hari 7 malam. Sebelum Kami meninggalkan Mekah, kami wajib melakukan tawaf Wada', tawaf selamat tinggal. emmm sedeynya...




Kami Berkemas2 barang dahulu sebelum melakukan Tawaf Wada'.

Sepanjang perjalanan aku hanya memandang ke arah cermin tingkap, tidak mahu melepaskan pemandangan menarik di tanah suci mekah ini.. Aku tidak mampu untuk melelapkan mata.. Adakah aku berpeluang untuk datang ke sini lagi di masa akan datang? itu antara soalan yang tersemat disanubariku. Kini , baru ku tahu mengapa setiap insan yang berkunjung ke sini, pasti akan ada satu perasaan rindu dan ingin kembali semula...



Istimewanya di sini, setiap roundabout , dibina replika yg berbeza. Agak mudah untuk mengecam jalan..





Kami di bawa ke Masjid Terapung untuk menunaikan solat Jumaat. Seumur hidupku, tidak pernah lagi solat jumaat. Pengalaman pertama solat Jumaat. Mendengar khutbah dalam bahasa Arab. Walaupon xfaham, tapi khutbahnya sangat jelas, suaranya yg penuh tawaduk mengajak jemaah bertaqwa kepada ALLAH... aku menghayatinya....Di Malaysia pon ada Masjid terapung iaitu di Terengganu.. Yang samanya mmg masjid ni terapung di dalam air dan berwarna putih. Walaupon cuaca agak panas pada waktu tengahari tapi rasa nyamannya udara berada di tepi pantai.. mmg tempat kegemaranku ialah pantai dan laut... terasa damainya ..

Lepas solat Jumaat, kami berkelah... makan tengahari.. Nasi putih dengan daging unta kot... woow Qau betoi karinye... kari arab... so spicy... yang menyelerakan ialah bila makan beramai2 sambil melihat laut yg terbentang luas... rasa lapang je dada... tempat stragegik untuk menjamu selera.









Kami menjamu selera dan bersantai di tepi pantai...



Bangunan dua berkembar tu adalah kediaman Raja yang memerintah Arab Saudi


Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah, kami sempat singgah di Shopping Mall di Jeddah. Agak unik. Terdapat lukis an2 Mural dilukis disepanjang dinding bahagian dalam Mall.


















Segar-segar buah yg ada. Harga pon boleh tahan juga.







Kami meneruskan perjalanan ke 'Airport'. Insyallah mudah-mudahan kami akan kembali semula ke sini. Alhamdulilah syukur ke hadrat ILLahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kami antara insan yang terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH dan dipermudahkan segala Urusan kami di sini.
Kami telah tiba di Airport, bermakna kami meninggalkan Bumi AnBiya' dan kembali ke tanah air tercinta.

Menguruskan Air Zam-zam yang perlu diperlu dipaking terlebih dahulu. Insyallah semua akan dapat.

Kami bergambar kenangan-kenangan bersama Group Umrah Darul Mubarak di Airport Jakarta Moga-moga Ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan... Terima kasih kepada Pengurusan Darul Mubarak, Ust Ismi , ust Salim kerana bersabar dalam melayani karenah-karenah kami dan memberikan perkhidmatan yang tbaik kepada kami.

Di dalam pesawat. Sempat merakamkan 'sunset'. Keheningan di pagi hari, cahaya matahari menerangi pagi di ruang angkasa.

Coretan peribadi nie sekadar untuk kongsi bersama pengalaman manisku ketika berada di sana. Moga memberi manfaat dan sedikit gambaran kepada semua.