Sunday, June 28, 2009

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 4

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 4

Disebelah Petang, kami di bawa meronda2 kawasan bersejarah dan menarik sekitar Mekah.. Tempat pertama yang dituju ialah Jabal Nur, sebuah gunung yang sederhana tinggi. Dipuncaknya agak menurun sedikit terdapat sebuah gua bernama Gua Hira' tempat dimana turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kami hanya melihat dari bawah sahaja.. ada juga dikalangan pengunjung yang mendaki Jabal Nur untuk melihat sendiri Gua Hira'.. Perjalanan mendaki bukit ini mengambil masa 1.5 jam. Perlukan kekuatan fizikal dan mental. Subhanallah..! Terbayang bagaimana perjuangan Rasulullah dahulu ketika berkhalwat di sini. Sungguh sukar !!

Allahu Akbar!!!

Banyak unta cute terdapat di sini, dihiasi dengan bunga n karpet merah lagi.. rugi kalu xnaik....

Kemudiannya kami di bawa ke tempat istimewa yang sangat terkenal iaitu JaBaL RaHmah. Jabal Rahmah merupakan bukit batu diPadang Arafah sekitar 25 kilometer dari Makkah, Saudi Arabia. Dipuncaknya terdapat tugu putih yang dibangun untuk mengenang peristiwa sangat penting bagi umat manusia, yaitu pertemuan yang sangat mengharukan antara Nabi Adam(diturunkan di India) dan Siti hawa (diturunkan di tanah arab) setelah turun dari syurga dan terpisah sekitar 200 tahun lamanya. Sudah semestinya mereka yang berhajat untuk mencari pasangan hidup dan ingin bertemu jodoh tidak melepaskan peluang untuk berdoa di sini dengan mendaki Jabbal Rahmah sampai ke puncaknya.. Ada tugu putih yang sangat besar di puncak Jabbal Rahmah ini.. sudah menjadi adat para pengunjung datang menuliskan nama di monumen di Jabal Rahmah yang dikatakan dapat mengekalkan hubungan dengan pasangan, tiada hadis sahih tentang perbuatan tersebut, bagiku kepercayaan ini perlu diperbetulkan... takut2 tanpa disedari akan memesongkan aQidah...Apa yang penting adalah doa yang tulus ikhlas dan penuh pengharapan kepada ILLAHI.. insyallah ALLAH knows the best for us... kelihatan ada juga yang solat sunat hajat di sini.. Terlalu ramai .. Moga Allah perkenankan setiap doa dan hajat mereka... AMIN..

Dibahagian bawah Tugu Puteh ini menjadi hitam kerana telah ditulis nama pasangan masing2

Di sini juga tempat Nabi Muhammad menerima wahyu terakhir pada saat haji Wada'. Wahyu terakhir itu Surat Maidah ayat 3 yang artinya "Pada hari ini, orang-orang kafir tela h putus asa (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut pada mereka dan taubatlah pada Allah. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku penuhi akan ni'mat-Ku dan Aku redha Islam menjadi agamamu". Pada musim haji banyak jemaah yang berkunjung ke sini untuk berziarah..

Dipuncak Jabbal Rahmah, kelihatan panorama dari jauh Padang Arafah.. Wuquf di padang Arafah merupakan puncak ibadah haji..

di Mina, kami melihat khemah2 yg sedia ada , yg akan digunakan oleh Jemaah Haji..

Kami di bawa juga ke ladang ternakan unta. Wow banyaknya unta.. Kami dihidangkan susu unta yang sangat segar, nak bawa pulang pun boleh...Banyak khasiatnya... 5 riyal sahaja... sangat berbaloi.. xde bau hanyir pon.. rasa mcm susu anlene je... memerlukan kepakaran juga untuk memerah susu unta nie.. Buih susu unta nie pon boleh di sapu pada muka, untuk kecantikan wajah dan kehalusan kulit.. kalu tak percaya, cubala sendiri...



No comments: