Saturday, June 27, 2009

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 3

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 3

Perjalanan diteruskan menuju ke Mekah selepas solat Jumaat. Jemaah Lelaki, siap dengan pakaian Ihramnya. Kami akan berniat MiQat dan solat sunat ihram di Bil Ali.. Perjalanan mengambil masa dalam 7-8 jam.. Tempoh masa yang agak panjang.. MiQat di Bil Ali

Kami berhenti seketika untuk mengerjakan solat Jamak Maghrib dan insya' di tempat perhentian.. Suasana malam yang sunyi, jauh dari penduduk dan kota...Agak daif tandasnya dan kurang bersih, mungkin pihak Arab Saudi terlepas pandang untuk membaik pulih, menaik taraf dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di tempat ini. Di sinila antara tempat persinggahan jemaah2 yang bertolak dr Madinah dan ingin ke Mekah.. tidak salah membuat sedikit pelaburan utk keselesaan jemaah2 yg datang. Setelah Solat, sempat menjamu selera dengan sajian Roti Arab dan kari kambing. Sedapnya... sehingga menjilat Jari.. Almaklumle perut pon dah keroncong..

Kami sampai ke hotel dlm pukul 10 malam. Setelah 'Check In' di AL Rabat Hotel dan makan malam, Jemaah berkumpul diperkarangan hotel sejam kemudian untuk mengerjakan Umrah yang Pertama... Dari Hotel, sudah kelihatan Masjidil Haram.. di Waktu hampir tengah Malam, Jemaah mengerjakan umrah pon sangat ramai.. Kali pertama melihat Kaabah.. Subhanallah..Kelu tidak terkata.. Saat ini, antara waktu yang terasa sangat hampir dengan ILLAHI...











Antara pintu Masuk ke Masjidil Haram. Tersegam Indah Masjidil Haram ini yang dikunjungi oleh Ribuan Jemaah dari pelusuk dunia untuk mengabdikan diri kepadaNya..


Ka'abah bermaksud 4 persegi, kiblat bg umat islam seluruh dunia. sebuah Masjid yang tertua diseluruh dunia dari zaman nabi Ibrahim sehingga kini. Ganjaran pahala siapa yg mengerjakan solat dan ibadah di Masjidil Haram akan dikurniakan 100,000 pahala. Insyallah doa akan dimakbulkan ALLAh s.w.t.

Safa dan Marwah adalah 2 buah anak bukit yg menjadi tempat untuk mengerjakan saie. Mempunyai sejarah yang rapat dengan kisah siti Hajar yang mencari air untuk minuman Nabi Ismail a.s. Berjalan Hampir 3.5 km mengerjakan ibadah saie. Begitu kental dan kuatnya semangat Siti Hajar dalam ujian membesarkan anaknya Nabi Ismail..



















Sebelah pagi, jemaah tidak berapa ramai
mengerjakan umrah berbanding petang dan malam.Kenangan Bersama rakan sebilik Zaida, K.ida, K. Ina dan bondanya yang sangat bersemangat...

No comments: