Thursday, June 25, 2009

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 2

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 2

Perjalanan diteruskan disebelah pagi ... Kami ke airport utk penerbangan ke Jeddah..
Kali nie aku duduk bersebelahan dengan adik2 indon yang nak mencari rezki di bumi Arab Saudi... Terfikir juga aku.. bagus juga mereka bekerja di arab saudi berbanding menjadi bibik di Malaysia yg kadangkala majikannya non muslim dan terpaksa hidup mengikut gaya hidup bosnya dan kes2 penderaan amah kian menjadi2 tanpa perikemanusiaan. Di sana semua pekerja wanita mmg diwajibkan menutup aurat.. walaupon agak muda.. tapi mereka berdikari dan matang utk mencari rezki...
Perjalanan mengambil masa 9 jam... huh penat juga berada dalam pesawat nie... xsabar rasanya nak sampai ke Jeddah...Di lapangan terbang Jeddah. Sentiasa penuh dengan pengunjung...

Kami sampai ke Jeddah kira2 dalam pukul 8 malam. Solat dulu di surau 'di airport'... Besar n cantik suraunye ... taraf masjid kot...sgt selesa... Kalu kat Malaysia.. kat aiportnye tempat solatnyer idak le beso mcm nie... kami meneruskan perjalanan dr Jeddah ke Madinah Munnawarah... Perjalanan mengambil masa kira2 6-7 jam.. Malam semakin kelam.. Ku mendongak ke langit dan melihat bulan mengambang di ruang angkasa... Sepanjang perjalanan kiri dan kanan hanyala padang pasir dan bukit2... Alhamdulillah kami telah sampai di Madinah kira2 jam 3 pagi. Diperkarangan hotel, ku melihat ramai sangat jemaah menuju ke Masjid Nabawi dengan berjalan kaki..kira2 300m dr hotel penginapanku.. Barangkali mereka melakukan Qiamulaill dan terus solat subuh berjemaah di sana.. Perasaanku membuak2.. xsabar rasanya utk turut berjemaah tapi kami perlu uruskan 'check in' penginapan dulu... Jelas kedengaran azan subuh dilaungkan dari Masjid Nabawi... Terasa sayu hati ini....di depan perkarangan hotel Wasel Zahaby


Keesokan paginyer kami dibawa round the Madinah... Kami berkunjung di Masjid Quba yang terletak lebih kurang 4.8 km dr masjid Nabawi. Ia adalah masjid pertama yg dibina oleh Rasulullah s.a.w bersama sahabat2nya. Islam berkembang luas di Madinah bermula dengan pembinaan Masjid Quba' ini.. Kami berhenti solat sunat seketika... Syukur Alhamdulillah...

Kemudian kami lalu di Masjid Qiblataini. Masjid 2 kiblat.. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sedang bersolat 2 rakaat di dalam masjid ini, apabila wahyu diturunkan yg memberitahu baginda mengenai penukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Ka'abah.

Kami meneruskan perjalanan melihat Ladang Kurma, Segarnya buah kurma yg baru dipetik. Buah Kurma antara 7 buah terbaik di dunia.. terdapat 1001 khasiat buah kurma ini dan adaKemudian kami mengunjungi Perkuburan Para Syuhada, dimana terdapat Saidina Hamzah bin Abd Mutalib (penghulu sekalian syuhada) di sekitar Bukit Uhud...
Bukit Uhud -Ramai yg mendakinya


Perkuburan Para Syuhada yang telah dipagar
Kami sempat pergi ke kilang mencetak AL-Quran. Pengunjung lelaki sahaja yang dapat masuk dan melihat bagaimana AL_Quran diproses. Mereka dihadiahkan senaskah AL_Quran.. Sedeynye xdpt masuk dalam tapi itulah peraturannya..Pengunjung Muslimah hanya berlegar2 di bahagian jualan AL-Quran. Terjemaah AL-Quran dalam bahasa Melayu pon ada tapi telah kehabisan.. Harga pon mmg murah.. Ramai yg memborong...

Setelah selesai dengan lawatan sekitar kota Madinah sebelah pagi. sebelah petangnya aktiviti bebas. Kami tak sabar untuk pergi ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Zohor.. Kami menapak je dr hotel ke masjid Nabawi. Cuaca mmg sgt panas di sini , tambahan pula tiupan angin kering menghayun pipi... huhhh pedihnya rasa...
Bila sampai sahaja ke Perkarangan Masjid... Subahanallah.. Aku terpegun melihat kehebatan Masjid ini... Ramai mengimarahkan masjid Nabi ini.. Kawalan agak ketat, Jemaah yang masuk tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon bimbit berkamera.







Selepas solat Insya' bersama rombongan, kami di bawa oleh Ustaz Salim untuk menziarahi Rasululullah s.a.w dan para sahabat (Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a). Dari Luar Masjid, kelihatan ada Kubah yang berwarna hijau(Gambar di atas), di situ adalah kedudukan makam Nabi dan 2 sahabat baginda.. Kami menuju ke Raudhah untuk menziarah Rasulullah s.a.w.. Ramainya umat Rasullah yang datang untuk memberi salam kepada Baginda.. kawasan Raudhah sangat kecil, jadi kami kena menunggu dengan penuh kesabaran mengikut turn masing2... Mungkin aku terlalu lurus, mengikut sahaja arahan polis2 wanita yg mengawal kawasan berkenaan, maka lama juga masa di ambil untuk sampai ke kawasan Raudhah, ada kawan2ku yang agak bijak... dengan izin ALLAH, alhamdulillah mereka dengan mudah sahaja dpt masuk dan menuju ke Raudhah... Allah permudahkan urusan mereka...Apabila sampai di persekitaran Raudhah, berdekatan dengan Makam Rasulullah, perasaan automatik menjadi sayu , mengenangkan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh baginda utk menegakkan Agama ALLAH dan kasih sayang terhadap umatnya..

Kami ambil peluang juga utk menziarahi Jannatul Baqi'. Kebanyakan isteri2 nabi (Ummahatul Mukminin) dan puteri2 Rasulullah serta kebanyakan sahabat Rasulullah disemadikan di sini.

3 hari berada di Madinah, satu tempoh yang sangat singkat. kami perlu meninggalkan Madinah yang menandakan perpisahan dengan Rasulullah s.a.w bersedia utk berangkat ke Mekah selepas solat Jumaat. Kami menziarahi Makamnya untuk kali terakhir dan mengucapkan Selamat Tinggal kepada baginda dan berdoa agar dipertemukan lagi di lain waktu pada masa akan datang... AMIN

Jemaah selesai Solat Jumaat

No comments: