Wednesday, June 24, 2009

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 1

Perjalanan Ke Bumi AnBiya' - Siri 1

Assalamualaikum buat semua...

Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi... Menyelesaikan terlebih dahulu urusan2 keluarga dan sekolah sekembalinya ke tanah air tercinta...

Inginku Kongsikan bersama pengalaman pertamaku, sepanjang perjalananku menjejakkan kaki ke Bumi penuh barakah... Mekah Mukarramah dan Madinah Munnawwarah...

Telah lama ku simpan impian dan niatku untuk menjadi tetamu ALLAH. Alhamdulillah ALLAH permudahkan rezki dan urusanku... ingatkan tahun nie xdpt pegi jgk, sebab nk uruskan perkahwinan adikku yg asalnye mmg nak dibuat pada cuti sekolah.

Bersama Sahabatku di Kampus Uitm dahulu, Siti Zaida dan kami memilih pakej Darul Mubarak Travel & Tours sebagai teman dalam perjalanan ke sana yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Salim sebagai ketua rombongan. Kami menaiki penerbangan Garuda, transit dulu di Jakarta Indonesia, bermalam di sana.. Sempatle tengok keadaan kehidupan mereka di sana sepintas lalu, yups memang betul , jurang kehidupan rakyat mereka sgt berbeza, yg kaya bertambah kaya, yg miskin, hidup dalam kesusahan celah2 kota Jakarta.. Xhairanle kenapa ramai dari rakyatnye bermati-matian datang ke Malaysia utk mencari nafkah dan pekerjaan.. Aku bersyukur kerana di lahirkan di Bumi Malaysia yg tercinta..
kami xsempat nak bershopping pon walaupun berpuluh2 ribu duit rupiah ada dalam dompet.. xde rezki, lain kali kena datang lagi le nie..
Dalam Kumpulan Kami majoriti ahlinya adalah para pendidik.. cikgu-cikgu belaka.. Group dari Perak dan dari Pahang (Caw. Darul Mubarak) ... Gelagat cikgu tu tetap ada... mmg bestle cg2nye.. sporting tul...Tak sangka udah sampai Jakarta rupa2nya...
Hati gembira melihat bas telah tiba setelah sekian lama menunggu utk membawa kami ke hotel...

Di dalam lapangan terbang di Jakarta.. Sempat melakarkan kenangan bersama Siti Zaida, k.Fatimah n kakak iparnya..

Keadaan rumah yg agak daif disepanjang perjalanan nak ke hotel

No comments: