Wednesday, August 5, 2009

Praktikum

Praktikum
Praktikum adalah Syarat untuk pelajar tamat dalam kursus yang diambil. Hari ini teman menguruskan tempat praktikum adik teman. Sekadar ingin berkongsi masalah yang dihadapi.. Minggu lepas adik teman beserta dengan rakan-rakan yang lain mendaftarkan diri praktikum di sebuah syarikat komputer M yang dikenali ramai di Pasir Puteh.. Setelah seminggu lebih praktikum, apa yg didapati, Bosnya tidak memahami konsep pelajar praktikum, mereka disuruh membuat kerja yg tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar seperti, pergi ke bank, menghantar barang2 komputer sampai ke taiping, ke sungai siput bersama dengan pemandu semata2.. Disuruh kerja lebih masa pada hari ahad. Pada hari isnin lepas, adik teman ,menghantar barang ke Taiping sehingga balik ke rumah pukul 12 tengah malam. Esoknya dia MC kerana sakit kepala dan keletihan. Apabila hari selasa pergi bekerja, tiba-tiba bosnya kata, awak tak perlu datang buat selama-lamanya dan syarikat tidak perlukan awak lagi... aduh... kata2 yang tidak berperikemanusiaan.. Teman betul2 kecewa dengan layanan yang diberikan dan tak mungkin untuk membeli apa jua barangan dari syarikat tersebut.. Teman minta adik buat aduan tempat praktikum tersebut dan senarai hitamkan tempat tersebut.
Saranan teman kepada pihak pengurusan mana2 ipt yang terlibat, sila turun padang dan melihat pelajar praktikum dan beri sedikit taklimat dan garis panduan kepada majikan, agar tidak mengggunakan tenaga pelajar ini sesuka hati untuk kepentingan diri semata-mata.
Mmg ujian sungguhle untuk adik teman nie, tahun lepas terpaksa tangguh praktikum satu semesta kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya antara motor dan kereta. Tahun ni ujian lain yang perlu ditempuhi, insyallah pasti ada hikmahnya.. Kena kuat semangat.. Moga ALLAH permudahkan urusan...

No comments: