Wednesday, August 5, 2009

Demonstrasi Rakyat

Demonstrasi Rakyat


Tanggal 1 Ogos 2009, pembuka bulan Kemerdekaan, hari ini dalam sejarah telah berlakunya demonstrasi aman secara serentak di lokasi yang berasingan, iaitu antara GMI (Gerakan Mansuh Isa) dengan PRO-ISA. Sungguh luar biasa...

Laporan Berita hangat mengatakan kerugian yg dialami oleh peniaga tanpa mengulas sedikit pun tentang ISU sebenar mengapa Akta ISA ingin dimansuhkan oleh pihak penganjur yang secara terang2nya akta tersebut bercanggah dengan hak asasi manusia dan pastinya haram di sisi Islam, kerana tidak ada pembelaan diri dan bukti bagi mereka yang ditahan minima selama 2 tahun. Apakah ini ertinya sebuah kemerdekaan yang telah kita kecapi selama hampir 52 tahun merdeka. secara peribadinya, sepatutnya pihak polis dan FRU sebagai mengawal keselamatan, mengawal keadaan bukannya mengeruhkan lagi keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata sesuka hati dan membabi buta kepada pendemonstrasi aman yang tidak memiliki apa2 jua senjata, hanya ingin meluahkan bantahan dan menghantar memorandaam kepada yang dipertuan Agung. Pernah satu ketika dahulu, berlaku demonstrasi menentang kemasukan pemain kriket Zionis Israel di Malaysia, pihak keselamatan ini tanpa iman dan perikemanusiaan melepaskan gas pemedih mata di dalam masjid dan tanpa rasa hormat kepada masjid, memasuki kawasan masjid dengan uniform dan berkasut untuk menangkap sesiapa sahaja yg berada di dalam masjid tersebut.. Satu peristiwa yang tidak boleh dimaafkan dan dilupakan. Sedey kerana ada segelintir umat ISLAM yang tidak perihatin dengan agamanya sendiri. Hanya ALLAH sahaja yang akan membalas apa yg kalian telah lakukan....

Pengalaman teman di sekolah dahulu, terdapat seorang ustaz yang sangat lembut peribadinya, tiba-tiba sahaja ditahan oleh pihak polis ketika sedang mengajar di sekolah yang disaksikan oleh anak-anak muridnya. Antara alasan beliau ditahan ialah, beliau dianggap sebagai pengganas dan kerana beliau telah myambung pelajarannya di Pakistan. Ahh sungguh tidak logik.. tidak boleh membela diri. tempoh 2 tahun dihabiskan di Kemunting meninggalkan keluarga tercinta... Kalaulah kita berada ditempat beliau dan tahanan2 yg lain.. bagaimanakah perasaan kita... fIKIR- fikirkanlah...

Bagi teman, pihak keselamatan Negara ini adalah golongna yang perlu ditarbiyyah dan diterapkan dengan nilai2 Islam terlebih dahulu. Pak menteri kena tengok2le anak buah... Bersolat ketika bertugas, perlu dterapkan nilai2 islam, menghormati tempat2 beribadah, berperikemanusian & bersikap adil dalam melaksankan tugas dan sanggup berjihad mempertahankan negara bukan mengikut arahan golongan2 tertentu sahaja... Moga-moga Allah membuka pintu hati mereka... AMIN. Berjihad fisabilillah untuk AGAMA BANGSA DAN NEGARA...

No comments: