Sunday, August 30, 2009

Erti Kemerdekaan

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kemerdekaan di sisi Islam bukan suatu perkara yang mutlak. Hakikat kejadian manusia ialah ia tetap menjadi hamba kepada Penciptanya. Walaupun demikian penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. bukanlah bermaksud bahawa manusia itu tidak mempunyai sebarang hak untuk menjalani kehidupan dengan rasa yang tenang dan bahagia. Apabila manusia berjaya menjadikan keseluruhan hidupnya sebagai suatu pengabdian kepada Allah s.w.t. bermakna dia telah menjadi seorang Muslim yang benar-benar merdeka. Dalam erti kata lain, dia mempunyai daya pertahanan yang sangat kukuh daripada dipengaruhi atau dibelenggu oleh mana-mana pihak termasuklah dalam bentuk kuasa, pengaruh atau idea yang tidak boleh diterima oleh agama. Mungkin jasadnya terpenjara akan tetapi hati dan pemikirannya berpaut kepada prinsip-prinsip agama yang kukuh.

Kemerdekaan jiwa ini boleh dilihat bagaimana Nabi Ibrahim a.s. tidak berganjak sedikit pun dengan amaran yang dinyatakan oleh Raja Namrud untuk membakar baginda hidup-hidup sekiranya baginda tetap tidak mahu menerima berhala sebagai tempat untuk disembah. Begitu juga dengan perkara yang berlaku ke atas Asiah, tukang sisir puteri Firaun yang sanggup dicampak ke dalam air yang panas menggelegak demi mempertahankan agama yang dianutinya.

Erti kemerdekaan yang sebenar bukanlah kemerdekaan secara fizikal semata-mata. Negara yang telah merdeka daripada sebarang penjajahan kuasa besar tidak bermakna sama sekali sekiranya memiliki rakyat yang tidak berjiwa merdeka. Terpengaruh dengan cara hidup orang lain sedangkan ia bertentangan


Generasi kini dilihat, tidak dapat menyelami sepenuhnya anugerah kemerdekaan yang ALLAH kurniakan buat negara kita. Dari sambutan kemerdekaan itu sendiri, kita dapat melihat bagaimana ampuh dan lemahnye jiwa mereka. Dari Fizikal mmg kita telah merdeka, dari spiritual dan pemikiran, kita masih lagi dibelenggu oleh anasir dan pemikiran luar yang menjadi kebanggaan dan ikutan, tidak ada identiti dan jati diri, ini adalah kerana pengaruh hiburan yg melampau tanpa sebarang sekatan, hidup untuk berhibur semata2. Di bulan Ramadhan yang mulia masih lagi kelihatan remaja yang tidak berpuasa, tanpa segan silu membeli makanan di kedai mamak yang berhampiran. Sungguh lemah iman mereka..

Sudah 52 tahun kita merdeka, namun masih lagi ada terdengar insan terpinggir yang ada dicelah2 bandar dan masyarakat yang tidak ada pembelaan bg diri mereka. Terdapat sebuah keluarga yang terdiri 6 adik beradik tidak berkempampuan utk bersekolah. Mungkin ada ramai lagi insan seperti mereka tidak dpt mengecap nikmat kemerdekaan...

No comments: