MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Kemerdekaan di sisi Islam bukan suatu perkara yang mutlak. Hakikat kejadian manusia ialah ia tetap menjadi hamba kepada Penciptanya. Walaupun demikian penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. bukanlah bermaksud bahawa manusia itu tidak mempunyai sebarang hak untuk menjalani kehidupan dengan rasa yang tenang dan bahagia. Apabila manusia berjaya menjadikan keseluruhan hidupnya sebagai suatu pengabdian kepada Allah s.w.t. bermakna dia telah menjadi seorang Muslim yang benar-benar merdeka. Dalam erti kata lain, dia mempunyai daya pertahanan yang sangat kukuh daripada dipengaruhi atau dibelenggu oleh mana-mana pihak termasuklah dalam bentuk kuasa, pengaruh atau idea yang tidak boleh diterima oleh agama. Mungkin jasadnya terpenjara akan tetapi hati dan pemikirannya berpaut kepada prinsip-prinsip agama yang kukuh.
Kemerdekaan jiwa ini boleh dilihat bagaimana Nabi Ibrahim a.s. tidak berganjak sedikit pun dengan amaran yang dinyatakan oleh Raja Namrud untuk membakar baginda hidup-hidup sekiranya baginda tetap tidak mahu menerima berhala sebagai tempat untuk disembah. Begitu juga dengan perkara yang berlaku ke atas Asiah, tukang sisir puteri Firaun yang sanggup dicampak ke dalam air yang panas menggelegak demi mempertahankan agama yang dianutinya.
Sudah 52 tahun kita merdeka, namun masih lagi ada terdengar insan terpinggir yang ada dicelah2 bandar dan masyarakat yang tidak ada pembelaan bg diri mereka. Terdapat sebuah keluarga yang terdiri 6 adik beradik tidak berkempampuan utk bersekolah. Mungkin ada ramai lagi insan seperti mereka tidak dpt mengecap nikmat kemerdekaan...