Sunday, September 5, 2010

Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan

“Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya.

“Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya.

Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik.

Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast.

Pagi itu, Anthony muncul buat kali pertama. Beliau memperkenalkan diri kepada saya dan memberitahu bahawa beliau bekerja sebagai seorang kaki tangan kerajaan yang bertugas di Stormont, iaitu parlimen Ireland Utara. Seperti Westminster di England.

“Baiklah Anthony, saya bacakan awak beberapa petikan dari surah Maryam ya” saya memberitahu beliau.

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Peduli Lagi Maha Mengasihi Hamba-Nya

“… Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur (16)

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.(17)

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.(18)

Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”. (19).

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?” (20)

Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. (21)

Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.(22)

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata: Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (23)

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.(24)

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (25)

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.(26)

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya. Mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! (27)

“Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!” (28)

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?” (29)

Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi. (30)

Dan ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.(31)

“Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang Yang sombong takbur atau derhaka. (32)

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula”. (33)

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya (34)

KASIH MARYAM

Habis ayat-ayat itu saya bacakan, Anthony menangis. Matanya merenung saya dan berkata, “Imam, kalaulah yang bercakap tentang Mary ini seorang manusia, nescaya saya akan sembah manusia itu. Inilah ungkapan paling indah tentang Mary yang pernah saya dengar.”

Saya sendiri jadi hiba dengan kenyataan Anthony. Saya tahu, Maryam merupakan seorang insan yang amat istimewa di hati orang Kristian. Dalam masyarakat yang mengalami keretakan institusi keluarga, ramai yang berdamping dengan kisah-kisah Maryam, demi mencari kasih sayang dan sumber kekuatan diri. Tetapi keindahan sebutan tentang Maryam, lebih terserlah di dalam al-Quran buat Anthony, berbanding Bible yang sudah dibacanya semenjak kecil.

Pertemuan saya dengan Anthony tidak berakhir di situ. Beliau sering datang melawat masjid dan masa pilihannya ialah sebelum Zohor. Waktu itu saya agak lapang dan Anthony mempunyai banyak ruang untuk berbual dengan saya.

CUBA SOLAT


Zohor itu, Anthony duduk bersandar di dinding belakang dewan Solat.

Dia seperti tenggelam mendengar keasyikan Mohd Nor melaungkan azan. Mohd Nor adalah sahabat saya, seorang akauntan dari Malaysia yang datang menemani isterinya menyiapkan PhD di Belfast. Suara merdu Mohd Nor, atau lebih mesra dengan panggilan Abu Muaz, memukau Anthony sehingga matanya seperti tidak berkelip menghayati bait-bait azan yang membesarkan Allah di masjid kami.

“Imam, saya ada satu permintaan. Bolehkah kalau saya sertai sembahyang kamu semua? Saya berdiri di belakang pun tak apa” Anthony nampak bersungguh-sungguh dengan permintaannya.

“Boleh. Malah kamu bukan orang pertama berbuat begitu. Kamu masih ingat dengan Jonathan yang saya ceritakan tempoh hari? Sebelum dia memeluk Islam pun, dia pernah meminta perkara yang sama.” saya memberitahu.

“Oh, Jonathan tu. Dia di Coleraine, kan?” Anthony bertanya.

“Ya. Sesekali dia datang ke Belfast bertanyakan hal-hal agama dengan saya. Apa-apa pun, kamu berdirilah di saf belakang ya. Dan pastikan pakaian kamu bersih” saya menepuk bahu Anthony sambil melangkah ke mihrab untuk mengimamkan Solat Zohor tengah hari itu.

“Allahu Akbar!” saya mengangkat takbir dan segala puji buat-Mu ya Allah.

Selepas Zohor, saya masuk semula ke bilik pejabat. Anthony mengekori saya dan menyambung perbualan.

“Saya nak tahu, Imam. Di tempat kerja saya tiada tempat Solat. Bagaimanakah saya hendak bersolat? Saya tidak mahu selepas memeluk Islam, saya ada meninggalkan Solat.” beliau bertanya.

“Oh, begitu. Allah menjadikan semua tempat yang bersih, boleh digunakan untuk kita berSolat. Kamu ada bilik sendiri?” saya cuba mendapatkan kepastian.

“Tak ada. Saya hanya mempunyai cubicle sendiri.” jawabnya.

“Kalau begitu, kamu bentangkan sahaja sehelai kain untuk kebersihan. Kalau mahu, saya boleh berikan sejadah ini. Saya pinjamkan kompas untuk kamu cari arah kiblat di pejabat kamu, ya.” ujar saya.

MENABUR BERKAT ?

“Oh, semudah itukah? Apakah tidak perlu kepada kamu datang ke tempat saya untuk menabur berkat?” Anthony bertanya.

Galak matanya mencari penjelasan.

“Hah hah, kamu biar betul Anthony. Di dalam Islam tiada istilah menabur berkat seperti itu. Imam hanya bertugas memimpin dan menyelaraskan Solat. Sebab Solat bukan hanya ibadah, ia juga latihan dari Allah agar umat Islam tersusun dalam kehidupannya.” saya ketawa mendengar soalan Anthony.

“Jadi maknanya dalam Solat tadi, kamu berdiri di hadapan bukan sebagai perantara kami dengan Tuhan?” beliau menyoal.

“Tidak. Semua orang bercakap secara langsung dengan Allah, berhubung secara direct dengan-Nya. Islam tidak memerlukan priest untuk menghubungkan manusia dengan Penciptanya.” saya cuba menghilangkan kekeliruan Anthony.

“Maknanya, Imam adalah Muslim Protestant lah ya?” Anthony bertanya lagi.

“Hahaha…”, saya ketawa dan saya tahu Anthony juga bergurau sebenarnya.

Sudah beberapa kali saya digelar Muslim Protestant oleh tetamu yang datang ke Masjid.

“Ya, Islam lebih dekat di hati saya. Saya dan Imam, kita sama-sama makhluk ciptaan-Nya. Kita sama-sama diuji oleh Tuhan. Siapa yang patuh akan selamat. Siapa yang engkar akan dihukum.” Anthony seperti berbicara kepada dirinya sendiri.

Dia merenung lantai dan sepi seketika.

“Anthony, apakah kamu sudah bersedia untuk kembali kepada fitrah?” saya bertanya perlahan-lahan.

Anthony mengangkat kepalanya dan tersenyum kepada saya, “Ramadhan ini saya akan lafazkan Syahadah. Saya mahu memulakan Islam saya pada bulan Islam bermula.”

“Insya Allah. Cuma kamu tahu yang kamu boleh melafazkan Syahadah pada bila-bila masa sahaja, kan?” saya mahu mendapatkan kepastian.

“Ya, saya faham Imam. Doalah kepada Allah untuk saya. Saya sedang mengumpul kekuatan diri” Anthony bersalam dengan saya di pintu masjid.

Kami sedang sibuk mengecat masjid dan membersihkan halaman kerana Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Jika Anthony memeluk Islam, beliau adalah saudara baru ke-18 yang berSyahadah di hadapan saya. Namun tidak ramai Irish yang bermazhab Katholik memeluk Islam. Setakat ini hanya dua dan mungkin Anthony menjadi yang ketiga. Selebihnya adalah Protestant. Tetapi setiap seorang Katholik yang memeluk Islam, ternyata mereka menjadi sangat dinamik. Seorang yang terbaik di masa jahiliah akan juga menjadi yang terbaik semasa Islam, jika sikap positif dan “kuat mengaji” itu dikekalkan.

RAMADHAN ITU


Ramadhan 1424 menjelma.

Masjid kembali meriah.

Setiap malam, iftar disediakan dan anak-anak muda semakin gemar berkumpul malah tidur di masjid sahaja. Saya membiarkan sahaja, asalkan mereka menjaga kebersihan dan mengemas masjid sebelum jemaah subuh tiba.

Jumaat pertama Ramadhan itu, Anthony datang ke masjid selepas Asar.

Salam to you Imam. May Allah bless you. How is everybody in the mosque?” Anthony menghulurkan tangan bersalaman dengan saya.

Salam to all those who seek His guidance“ saya menjawab sambil tersenyum.

“Imam, hari ini saya berpuasa. Pastikan makanan berbuka puasa nanti cukup. Saya kelaparan yang amat sangat” Anthony ketawa kecil.

“Rumah dibina di atas tapak yang telah dipasak. Puasa kamu adalah sebahagian dari rumah itu. Bagaimana dengan tapaknya?” saya cuba beranalogi.

“Malam ini Insya Allah. Harap Imam dapat membantu”, Anthony merenung tepat ke mata saya. Padanya ada keyakinan yang tinggi dan saya tahu ini adalah hari yang dinantikan.

“Pastinya Anthony. Jika tengah malam sekali pun kamu gerakkan saya untuk ini, saya akan bangun dan membantu” saya menjawab.

Selepas solat Maghrib, jemaah sibuk mengambil tempat masing-masing sebelum nasi minyak dan ayam tandoori diedarkan. Ketika semua orang sibuk makan, saya bangun dan membuat pengumuman.

“Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh. Brothers and sisters, malam ini kita berasa sangat bertuah kerana kita akan menerima seorang lagi saudara baru. Brother Anthony mahu melafazkan syahadahnya sebentar lagi. Kepada sesiapa yang berkelapangan, anda dijemput untuk bersama”

Jemaah di masjid bertakbir. Ramai yang terpinga-pinga bangun mencari siapakah Brother Anthony yang saya maksudkan. Makanan segera diselesaikan.

“Brother Anthony, malam ini kamu telah membuat kesaksian dengan penuh kerelaan hati kami bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Tiada sesiapa yang memaksa kamu?” saya bertanya.

Anthony mengeleng-ngelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Kamu juga telah memahami asas-asas Islam dan tahu di mana titik perbezaan antara Islam dengan Catholicism yang kamu anuti?” saya menyoal lagi.

“Terima kasih kepada Imam kerana telah membantu saya memahami Islam. Islamlah agama yang benar dan saya mahu hidup serta mati bersama Islam” Anthony menjawab dengan penuh yakin.

“Baiklah, ada sebarang persoalan terakhir sebelum kamu melafazkan Syahadah?” saya memberikan ruang kepada Anthony untuk menyelesaikan sebarang hal yang masih belum jelas baginya.

“Ya, selepas saya memeluk Islam, saya harap sekalian yang hadir dapat membantu dan membimbing saya mengenal Islam” Anthony mengangkat kepalanya kepada hadirin yang mengelilingi kami.

Seluruh jemaah tersenyum dan menganggukkan kepala. Saya menggenggam tangan Anthony sebagai tanda ‘bersama’nya saya di dalam permintaan itu.

“Awak ikut sebutan Syahadah saya satu persatu. Kita akan lafazkan ia di dalam Bahasa Arab dan kemudiannya Bahasa Inggeris.” saya memberitahu.

Anthony mengangguk.

LAHIRNYA SEMULA SEORANG HAMBA

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlah … Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah

I bear witness that there is no God but Allah … And I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

“Alhamdulillah. Segala puji buat-Mu ya Allah. Oh Tuhan, kau bimbinglah Anthony ke jalan keredhaan-Mu, kau lapangkan jiwanya dengan Islam. Kau kuatkan keazaman dan semangatnya. Kau hidupkanlah dan matikanlah kami semua di dalam Islam” saya berdoa.

Anthony bangun dengan air mata bercucuran membasahi pipinya. Malam itu dia lahir semula. Tangisannya seperti anak kecil yang mencari pelukan kasih.

Kami berpelukan. Ahli jemaah masjid berjabat tangan dan mengucapkan tahniah kepada Anthony.

“Selamat kembali ke fitrah asalmu Anthony. Kami adalah saudaramu, sehidup semati” As’ad, iaitu salah seorang jemaah di masjid kami memeluk Anthony dan bersalaman dengannya.

Saya membawa Anthony ke bilik dan memberikan sedikit taklimat berkenaan beberapa perkara yang perlu Anthony lakukan. Dia yang sudah sedia datang ke masjid dengan persalinan, menuju ke bilik air untuk mandi, seumpama membasuh jahiliah yang telah ditinggalkan buat selamanya dan datang kepada Allah sebagai hamba yang suci dan bersih.

Malam itu Anthony berbaris bersama jemaah yang lain untuk solat Isyak dan Tarawih. Kali ini bukan hanya untuk merasa pengalaman, tetapi sebagai sujud pertama seorang insan yang pulang ke pangkuan Tuhan, diiringi keindahan bintang dan bulan kecil hiasan malam Ramadhan, di celah awan yang menurunkan gerimis iman, buat seorang teman bernama Anthony.

Kini, Anthony sudah berhijrah ke London. Beliau mendaftarkan diri membuat Diploma Pengajian Islam di sebuah kolej di London dan sms terakhirnya kepada saya, Muhammad Amin sudah beristerikan seorang Muslimah dari Tunisia.

Salam rindu saya buat Muhammad Amin Mooney, semoga engkau terus beristiqamah dengan Islam, yang telah mempersaudarakan kita.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Semoga Ramadhan Kita pada kali ini, membawa kita kembali kepada Fitrah....

Coca Cola

SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP

Wednesday, April 21, 2010

Doa untuk bukan Muslim

Doa untuk bukan Muslim
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 24, 10
3:50pm

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"

Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.

Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.
Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.
Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".
Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.

http://www.malaysiakini.com/columns/140964

Fikir dengan Mata Hati

Tanpa gasoline Iran akan lumpuh – Benjamin Netanyahu

KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline – petroleum bertapis – kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nukleurnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

“Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) – nama fency untuk gasoline – regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan,” kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur.

Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

“Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran,” kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

“Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan,” tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat.

“Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual),” katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.

Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.

Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik firma perhubungan awam yang berpusat di Washington, APCO Worlwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia dan seterusnya menghasilkan slogan 1 Malaysia.

Anwar menunjukan bukti di Parlimen bahawa APCO juga adalah syarikat yang terlibat dalam membina imej Ehud Barack melalui projek One Israel.

Beliau juga menunjukkan bukti bahawa APCO adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi termasuk para bekas perisik kanan Isreal.-Harakahdaily

Wednesday, April 14, 2010

Aku Insan yang Lemah

SUARA HATI

Aku insan lemah…
Yang sering lelah dalam nafasku sendiri
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri
yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi
yang masih tercari-cari..
hidayahMu ya Ilahi

Aku insan lemah…
Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah
Dengarkanlah rintihan lemahku ini
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi
Dalam heningnya suasana malam
Dalam dinginnya embun pagi
Agar diaminkan oleh jutaan malaikat
Agar segala pintaku Engkau berkat

“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati
Sepertimana yang aku harapkan
Sepertimana yang Engkau janjikan”
Kerana aku insan lemah…

Palestina



MARANG, 5 Jun: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.
“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.
Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.
Tambah beliau, penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.
Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.
Mereka juga, katanya berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.
Rukun ketiga, jelasnya bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.
“Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.,” jelasnya.
Beliau juga menjelaskan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.
Ekoran itu, katanya, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.
Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.
“Hari ini, saya pakai baju ‘peluru’ bukan hendak berperang di sini. Tetapi hendak jadi simbol bahawa kita tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru.
“Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.
“Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT,” tegasny

Sunday, April 11, 2010

Buat wanita

Beruntunglah si suami jika mendapat isteri-isteri yang solehah...
Syuga Bagi Isteri Yang Mentaati Suaminya...
Antara 9 Siti yang patut dicontohi Oleh Isteri-Isteri...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

Sunday, March 14, 2010

Kerja Sebagai Ibadah

KERJA SEBAGAI IBADAH

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.


JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

www.saifulislam.com

MOga ALLAH memberi kekuatan, ketabahan dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas2 seharian di dalam Kerjaya kita dan mengangkat martabat kerja sebagai IBADAH di sisi ALLAH...


Friday, March 12, 2010

Ujian Hidup

UJIAN ITU RENCAH KEHIDUPAN

Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.


Kebijaksanaan kita untuk mengambil iktibar menjadikannya sebagai suatu pengajaran berharga untuk panduan hidup kita. Kadangkala diuji dgn kesenangan, kesusahan, kejayaan dan kegagalan.. Ujian hidup ini, kadang-kadang mendewasakan manusia tentang erti kehidupan tetapi kadang-kadang menjadikan kita hilang arah tuju kerana kurangnya persediaan untuk kita berdepan dengan ujian yang merupakan sebahagian dari kehidupan itu sendiri.

Selayaknya kita diuji… bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.

Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.


"Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Moga ALLAH kurniakan ketabahan dan kesabaran itu untuk terus mencari RedhaNya....

Wednesday, March 10, 2010

Soal Jodoh

Soal Jodoh

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

Sunday, February 28, 2010

Surat Untuk Adam

Surat Untuk Adam...

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.

<<<<>>>>

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.

Salam Maulidur Rasul

Saturday, February 20, 2010

Hati-hati

HATI-HATI DENGAN MESEJ YANG DITINGGALKAN


“Cukup dengan mengatakan saya sedang minum kopi di restoran…, saya keluar ke….. atau saya sedang sibuk dipejabat……saya sedang check in di hotel atau saya sedang seminar, mesyuarat dan bermacam-macam ayat yang mengambarkan anda tiada dirumah, seseorang perompak boleh merompak anda dengan begitu mudah.

Setakat ini rangkaian sosial twitter dan google buzz dilaporkan antara laman interaktif yang paling mudah memberikan ruang untuk perompak mengetahui kedudukan seseorang. Perompak boleh tahu pemilik akaun itu dimana dan berapa jauh pemilik itu dari rumahnya yang ditinggalkan kosong hanya dengan membaca mesej yang dihantar melalui rangkaian laman sosial. Dan akhirnya perompak dengan senang boleh datang untuk merompak kerana tinjauan awal hanya dibuat secara online. Maka berhati-hatilah bila mengirimkan pesanan atau mesej”

NEW YORK – Pengguna-pengguna Internet tanpa disedari memberi ruang kepada perompak untuk memecah masuk ke rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagi peringatan kepada pengguna, laman web terbaru, pleaserobme.com yang bermaksud sila rompak saya, menyiarkan panduan mengenai bahayanya berkongsi maklumat terperinci mengenai pengguna-pengguna Internet yang memberitahu dunia bahawa mereka tidak berada di rumah.

Laman itu diwujudkan tiga rakan baik dari Belanda, Boy van Amstel, Frank Groeneveld dan Barry Borsboom.

Ia tidak memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi rumah pengguna-penggunanya.

Pencipta-pencipta laman itu sebenarnya bukan untuk membantu perompak mengesan rumah yang ditinggalkan pemiliknya tetapi mereka mahu menghantar mesej kepada pengguna-pengguna rangkaian sosial mengenai bahaya berkongsi banyak maklumat di Internet.

Laman itu diwujudkan sebagai percubaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah yang akan timbul akibat berkongsi mesej tersebut.

“Kami mendapati pengguna-pengguna terbabit gemar memeriksa keadaan kediaman mereka dan lebih buruk menyemak di mana kedudukan ahli-ahli keluarga atau kawan mereka yang merupakan perbuatan yang silap,” kata Von Amstel.

Laman pleaserobme.com itu sebenarnya menyediakan panduan untuk pengguna melindungi butiran peribadi yang boleh dikesan oleh penjenayah di Internet.

Pada minggu lalu, Google mencetuskan kritikan banyak pengguna Internet apabila mewujudkan aplikasi rangkaian sosial terbaru Buzz yang didakwa mendedahkan maklumat terperinci pengguna termasuk lokasi mereka yang diketahui semua pengguna. – Agensi

Friday, February 12, 2010

Tuesday, January 12, 2010

APa yang Anda Fikirkan

SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, Games yang melalaikan... sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Friday, January 1, 2010

Gerhana Bulan Separa

Gerhana Bulan Separa 1 Jan 2010

Setiu, 1 Jan - Berdasarkan data pra-hitungan (precomputation - hitungan data objek samawi dikeluarkan sebelum suatu fenomena berlaku) sebagaimana di sini, cerapan telah dibuat di Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu awal pagi tadi disertai oleh kru Unit Falak UDM dan Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Peringkat gerhana fasa penumbra yang dijangka bermula jam 1.17 pagi tidak dapat dikesan kerana faktor awan stratus yang memenuhi ruang langit. Kelompok awan jenis ini bagaimanapun memberi peluang antara 1 - 5 saat tempoh untuk pencerap memerhati formasi gerhana yang berlaku. Fasa umbra yang dijangka bermula jam 2.52 pagi juga gagal dicerap.

Formasi awan memberi ruang kru merakam formasi gerhana pada jam 3.30 pagi, 7 minit selepas detik maksimum.



Akhir sekali, penghujung gerhana dapat dirakam dengan agak baik apabila formasi awan mengizinkan pada jam 3.52 pagi.



Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah swt yang mengizinkan penyaksian ini, apabila jam 4 pagi hujan mula turun, dan berterusan menjadi hujan lebat sehingga petang ini.

Jumpa lagi di gerhana 15 Januari 2010 nanti.