Sunday, May 31, 2009

Teman Tetamu ALLAH



DATANG SEBAGAI TETAMU ALLAH

Assalamualaikum buat Sahabat handai, kenalan sekalian.....


Insyallah, dengan Izin Allah, Esok teman akan berangkat ke tanah suci mekah utk menjadi tetamu ALLAH di Mekah Mukarramah selama 2 minggu...

Andai ada tersilap kata, terkasar bahasa menyinggung hati dan perasaan kalian semua, dengan rendah diri teman memohon ribuan ampuan dan maaf... MAAF ZAHIR BATIN...

Doakan teman selamat pergi dan kembali dan dipermudahkan segala urusan mengerjakan ibadah di sana kelak...

INSYALLAH BERJUMPA LAGI......

Saturday, May 30, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SYS


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah....




Tahun nie sambutan Hari aGuru gak meriah... Pelbagai acara menarik diatur oleh AJK pelaksana Kelab Guru... Best Jugak....Antaranya acara Bowling, bola Jaring, Futsal dan sukaneka...


Dah ada peluang yg diberi, teman pon ambik bahagian ler walaupun tahu bukannya terror sangat... Ambil bahagian utk memeriahkan lagi sambutan hari guru nie... kalah menang lain cerita...


Perlawanan Bowling berlangsung di Green Town Mall... Nasib baik dp buat waktu pg, kalu waktu malam, teman tarik diri le ... atas faktor keselamatan...Cg perempuan x ramai sangat yg main berbanding cg lelaki... suasana meriah... teman mmg xberapa pandai main bowling... asyik cuci longkang je... Cg Azean penasihat bowling menjuarai pertandingan, xkurang hebatnyer cg normawani yg tunjukkan skill sebelum saat nak kawin nie.. teman ... mcm biasaler no.1 dari belakang... hehe... apa nak buat... bukannye kuat sgt nak baling bowling tu... nasib baikle dgn teman2 xmasuk dlm longkang tu... Bola Jaring pon teman masuk gak... kali nie jd shooter dgn cg shuhaiza sbb xde orang lain dh nak jd shooter... sekali lagi jd bidan terjun .. mentang2ler tinggi... MMg terkejut gak le kami cg2 nie... kami lawn ngan pasukan pemain Sekolah... Gerun jugak... tapi xper... sumenye bersemangat waja, walaupn petangnyer hujan dan padang basah.. permainan tetap diteruskan... Seperti yg dijangka... setelah cuba sedaya upaya.... pasukan guru tewas bergaya dengan pungutan mata 7 - 10, Kira OK gak ler... memberi persaingan yg sengit... Terima Kasih kepada Pengurus Kami, Cikgu Roshazira yg telah menguruskan pasukan kami dengan baik sekali...






Pada Hari Guru, Setiap tahun Cikgu2 seperti cg alias, cg azhari dan cg syed mesti membuat persembahan... Mmg berbakat... Pelajar2 pon buat persembahan juga tp xde keistemewaan pon... sama mcm tahun2 lepas... patut mereka lebih kreatif lagi...



Yang Meriahnya tahun nie... ada sukaneka... best jugak... main by group ikut check point masing2... xpernah2 teman main gof, kali nie dptle pegang kayu gof dan golkan 4 biji bola gof.. seronok betoi... kreatif betoi dp nie...



MMg enjoy le sambutan tahun nie... mmg bertuah juga... teman nie jrg bertuah... tapi hari guru kali nie teman bawak pulang hamper besar... cabutan bertuah.... seronok betul jd insan bertuah... Alhamdulillah... Syukur.. Anak2 didik cg yg sentiasa doakan cg dan bg cenderahati kepada cg... cg ucapkan ribuan terima kasih...

Akhir Kata Terima Kasih kepada Pihak penganjur, Badan pengawas, bdn perlaksana Sambutan Hari Guru kali nie....

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....

Thursday, May 14, 2009

RahSia Kusyuk Solat


  1. Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang
    • Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
    • Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
    • Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
    • Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
    • Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
    • Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
      Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
    • Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
    • Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
    • Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
    • Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
    • Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
    • Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
    • Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
    • Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih
    MOGA-MOGA ALLAH MENERIMA SETIAP SOLAT DAN AMALAN KITA..
    AMIN...

SeLaMat HaRi GuRu

SELAMAT HARI GURU - TERIMA KASIH CIKGU

Tanggal 16 Mei, Hari buat semua insan yang bergelar guru.. SELAMAT HARI GURU...

Terkenang nostalgia di zaman persekolahan dulu..
Disekolah rendah, SK Kuala Pari... nama-nama guru yang masih aku ingati, cikgu Kartini, Cikgu Raja, cikgu Azmi dan lain-lain.. Cikgu yang mengajarku mengenal huruf dan cintakan ilmu.. Terima Kasih cikgu...


Disekolah menengah, SMK Jalan Pasir Putih...
AKu masih ingat guru Matematik kesayanganku, Cikgu Sofiah dan Pn. Ho... Aku mmg meminati subjek matematik dan kalian yang membantu dan mendorongku utk 'score' dalam subjek nie... Terima Kasih ku ucapkan...


Di Menara Gading, UiTM.. pensyarah2ku yang mencurahkan ilmu komputer, ilmu matematik , ilmu Agama, ilmu falsafah tanpa henti2... Sehingga ke hari ini, aku masih ingat , Pn. Kalsom, En Zaki, Ketua Kursus CS10.. sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada pelajar agar berjaya di dunia dan akhirat... Nasihat yang masih aku ingat hingga kini..

Sungguh tak ku sangka.. kini aku telah bergelar seorang guru.. Tidak ada dalam senarai cita-citaku untuk menjadi seorang pendidik... Sesungguhnya aku merancang dan ALLAH jua merancang, dan sebaik-baik perancang adalah dari ALLAH jua... Pasti ada hikmah disebaliknya..

Bagi aku, profesion seorang guru nie mmg sangat mencabar... Perlukan kesabaran yang tinggi... Almaklumle nak mendidik generasi -Y... macam-macam ada..
MMg kena ada kekuatan emosi ... Tapi bila fikir mereka itu adalah mad'ue kita, maka sudah menjadi tugas utk mendidik dan berdakwah kepada mereka.. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepadaku dan Semua guru-guru di Malaysia..

Ketika belajar di MPTKL, maktab perguruan Kata-kata keramat yang selalu tersemat dihatiku, Motto MPTKL ... " I want to be a teacher" ... Aku ingin menjadi seorang guru yang ikhlas mendidik anak didik ku.. moga2 Ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dapat menyumbang kepada AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..
SELAMAT HARI GURU.. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!


Kami guru Malaysia



Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membinaNegara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Terima Kasih buat anak2 didikku yg sentiasa mengingati gurumu ini. Cikgu doakan dimana jua kalian berada.. semoga kalian sukses selalu dan berjaya di dunia dan akhirat...

Wednesday, May 13, 2009

Catur Dalam Kenangan

Salam Buat Semua.

Hari Berlalu dengan pantas sekali.. Dah masuk bulan 5 dah... Kehidupanku dalam sebulan dua nie agak sibuk dan kelam kabut sikit... nak update blog pun dah tak sempat walaupn banyak cerita yang nak dikongsikan bersama...


Sejarah hidupku tak pernah aku memasuki pertandingan catur, walaupn aku berminat juga bermain catur nie dari kecil. Disebabkan kesibukan, dah lama dah tak main.. 25 April yang lepas, NIG 2009 di Shah Alam Selangor, aku wakil Nisa' Perak memasuki pertandingan ini sekadar utk memenuhi koata yang ada. Adale sedikit persediaan sebelum hari pertandingan.. Semangat nak beli set catur baru dan dapatkan tips dengan pelajar di sekolah yang memang pakar dalam permainan catur nie, main catur kat internetle...


Pertandingan bermula.. Memang berdebar-berdebar le.. Tengok peserta yg lain mmg hebat2 belaka.. Teman pon mengelabah ler.. selalu main tak guna 'timer'... Pengurusan yang sangat baik.. Pertandingan diuruskan oleh sistem komputer yang sistematik.. Bermain secara liga..


Seperti yang dijangkakan.. teman mmg xde mendapat tempat pon... kalah bergaya.. hehehe..
Satu pengalaman manis buat teman dan yang bestnyer dapat berkenalan dengan peserta-peserta yang lain.. Buat kawan-kawan seperjuangan yang lain yang berjaya, tahniah diucapkan...
Perak berjaya Menjadi Johan Keseluruhan... Tahniah2..


Pemenang Catur dari Nisa' Selangor