Friday, February 20, 2009

Aminah Wadud

AMINAH WADUD - ANTARA FAKTA DAN AGENDA TERSEMBUNYI


Islam sentiasa menjamin hak wanita. Malah Islamlah yang memulakan agenda mertabatkan kedudukan wanita sebagaimana yang boleh kita lihat pada hari ini. Malah ia telah menjadi ’benchmark’ kepada lain-lain pergerakan emansipasi wanita seluruh dunia. Insan yang pertama memeluk Islam adalah seorang wanita dan demikian juga yang pertama syahid di jalan Allah juga adalah wanita. Malangnya, banyak yang buta sejarah kerana tidak didedahkan dengan fakta dan percaya kepada dakyah perosak agama yang menopengkan Islam sebagai pelantarnya.

Antara yang paling berjaya memanipulasikan fakta dan paling digeruni peranannya ketika ini dalam menjahanamkan kemurnian dan kesucian agama adalah gerakan Islam Liberal. Kita juga sudah mula menerima impak yang bakal mencipta sejarah bila NGO Sisters In Islam menjemput Prof. Dr. Aminah Wadud pelopor imam Jumaat wanita pertama datang ke negara ini dan diberikan layanan kelas pertama

Beliau bukan sahaja dijemput, malah diberikan penghormatan menjadi ’Key Speaker’ dalam satu forum bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh mereka ”Musawah Confrence On Equality And Justice In The Muslim Family” di sebuah hotel bertaraf 5 bintang yakni Prince Hotel di Kuala Lumpur pada 13 hingga 17 Februari, 2009 yang lalu.

Alasan mudah yang mungkin menghalalkan tindakan berkenaan adalah mungkin disebabkan Aminah pernah menjadi tenaga pengajar di negara ini satu waktu dahulu.

Ekoran peristiwa September 11 Islam mula mahu disuntik kononnya dengan nafas baru oleh para penjenayah agama dengan menggunakan individu dan badan NGO Islam yang kononnya melihat pengamalan Islam oleh umatnya dewasa ini adalah berdasarkan kefahaman cetek dan tafsiran dangkal para ulama silam.

Isu GENDER EQUALITY dijadikan sebagai umpan demi meraih sokongan. Kerana ceteknya ilmu agama, sejarah dan peradaban telah mendorong gerakan ini menjadi pujaan sebahagian wanita yang berpendidikan sekular. Sesungguhnya peruntukkan terhadap hak wanita dalam Islam tidak pernah menjadi isu. Kalau ada negara contohnya menafikan hak wanita untuk mengundi dalam pilihan raya, Islam lah yang memberikan hak ini tanpa sebarang halangan seperti yang berlaku di Malaysia dan Iran. Malah sudah muncul ahli politik wanita Islam yang sudah mencapai tahap sebagai Perdana Menteri.

Yang tidak dibenarkan dituntut oleh wanita Muslimah adalah perkara-perkara yang telah menjadi amalan Islam sebagaimana yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw, diamalkan dari zaman Baginda sehingga hari ini. Antaranya adalah bahawa Solat Jumaat cuma diwajibkan ke atas umat Islam lelaki kerana itu imam dan khatibnya juga adalah terdiri dari kaum lelaki.

Malangnya, amalan ini kononnya ingin diperbaharui oleh Professor Amina Wadud, yang pada waktu itu adalah seorang profesor Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University. Beliau telah telah mengimamkan solat Jumaat (dalam gereja) dengan jemaah sekitar 100 lebih orang yang bercampur gaul lelaki dan wanita.

Mengambil pendapat dari Sheikhul Azhar yang dipetik oleh BBC mengatakan Islam tidak membenarkan wanita menjadi khatib dan imam kepada jemaah yang termasuk kaum lelaki. Kerana solat Jumaat itu sendiri tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Kerana itu, peruntukkan hukum berkenaan amatlah jelas dalam hal ini. Soal sama ada Aminah merupakan professor juga tidaklah boleh dijadikan lesen bagi beliau untuk memberikan tafsiran sesuka hatinya dalam hal ini.

Hukum hakam dalam Islam bukan boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut fikiran dan akal individu semata-mata. Ia perlu melalui proses yang teliti dan ada prosedur yang perlu dipatuhi termasuklah diperakukan oleh badan yang diiktiraf.

Lebih menjadi kebimbangan berikutan peristiwa ini adalah penerimaan mereka yang kurang jelas pemahaman Islamnya dan memang pula merupakan juara dalam bab-bab memberikan tafsiran yang mengelirukan terhadap Islam seperti yang berlaku pada pertubuhan Sisters in Islam. Sekiranya ia tidak diberi perhatian serius dan dibendung, jangan terkejut perkara ini kelak dituruti secara membuta tuli oleh anggota masyarakat Islam dalam negara kita.

Oleh itu para mufti perlu segera bertindak menyelamatkan maruah dan martabat serta kesucian Islam di negara kita, segerelah bertindak sebelum berlaku perkara tidak di ingini seperti Stadium Bukit Jalil menjadi lokasi solat Jumaat pertama yang diimamkan oleh individu wanita yang terkeliru dalam negara kita.

Tentunya dunia barat yang sememangnya tidak senang dengan Islam akan menaja dan menyokong usaha sesat ini dengan menyatakan bahawa tindakan mereka ini amat terpuji bagi menggambarkan Islam yang lebih sederhana. Sesuai dengan imej negara kita kononnya. Walhal, memang semua perkara ini merekalah perancang dan pendakyah bagi mempastikan umat Islam sentiasa dalam kesesatan dan sentiasa berpecah belah.

Sebagai ahli NGO yang berpelantarkan Islam sebagai motto perjuangannya, saya sebagai Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengambil pendekatan tidak mahu bersekongkol, malah menentang serta mengutuk sebarang tindakan yang diambil atas nama agama bagi menghalalkan cara.

Dengan itu, melalui kesempatan ini kami ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam isu di atas supaya kembali ke pangkal jalan dan tidak menjadikan umat Islam di negara ini sebagai mangsa kepada strategi subersif menjahanam serta memporak perandakan kesucian agama ini melalui tindakan yang tidak matang, tidak mempunyai justifikasi dan tidak berlandaskan amalah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Janganlah menambah lagi ribut terhadap kemelut yang sudah melanda negara kita dengan perkara furuq yang tidak disandarkan kepada sebarang kitab muktabar. Siapalah seorang individu jika dibandingkan dengan ribuan ulama semenjak zaman Rasulullah sehingga kini dan apakah istimewanya beliau dan apakah yang cuba dibuktikan kepada dunia sehingga kita memperjudikan nama Malaysia dengan menjemput wanita sesat berkenaan menjadi juara disanjung dan dipuja.

Sumber:http://idhamlim.blogspot.com

Thursday, February 12, 2009

Politikus


Pergolakan Politik di Perak Darul Ridzuan


Sejak kenelakangan nie mmg panas dengan pergolakan politik yg berlaku di negeri tumpah tanah air yg teman cintai ini.. Walaupun agak kesibukan , sebagai anak jati perak teman perlu ambik tahu ttg apa yg telah berlaku... banyak sumber dan maklumat yg telah teman perolehi..
Cuba kita fikir dengan minda yang rasional,dengan mata hati dan iman di dada...

Persoalan2 yg perlu dirungkaikan .
..

Kenapa keputusan Speker Adun Perak utk mengosongkan 2 kerusi ADUN dipertikaikan apabila menghantar surat kepada SPR untuk mewujudkan pilihan raya Kecil kerana tugas SPR bukan membuat siasatan dan patut menyerahkan kepada mahkamah utk membuat keputusan..

Kes Kehilangan 2 Adun PKR telah dilaporkan oleh Keluarga dan Kerajaan Negeri.
Kenapa ambil mc tapi tak beritahu kepada keluarga? kawan2? dan orang lain? Setelah keputusan speker menyatakan perletakan jawatan dan utk mengosongkan kerusi ADUN Changkat Jering dan Behrang, tiba2 2 ADUN nie muncul dengan bersama disebelah Pengerusi BN Perak...

Bila tiba-tiba Najib jadi Pengerusi BN Perak terus huru-hara politik kat Perak nih, kes hilang mula dilaporkan...

Nasaruddin Adun Bota boleh pulak masuk balik BN sedangkan dia kata sebaliknya..

bole pulak BN terima orang yang nak masuk parti itu semula.
Apa yang berlaku nie pon musykil juga...
Masa YB Nizar nak jadi MB , lama betul pikir , dalam tempoh 9 hari baru buat keputusan, 8Mac menang. 17Mac baru angkat sumpah.

Tapi bila BN nak ambil alih. semuanya berlaku sekelip mata sahaja. Sultan hari ni jumpa Najib, esok Paklah kata Datok Zambry Kadir jadi MB, lusa terus angkat sumpah...

Sudah ada MB sebelum nie yg enggan meletakkan jawatan ? Siapa yg durhaka?

Kome pikir2 le sendiri...




Monday, February 2, 2009

Aura


Aura dan Anda

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Dalam CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan masing-masing.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir